PEMBAURAN PENGKOMPAUNAN -THE PSYCOLOGY OF MONEY (4)

Merupakan Bab yang ke 4 dalam buku The Psychology of Money. Sesiapa yang memahami Compounding saya yakin akan dapat meneka isi bahagian ini.

Apakah yang akan diterangkan dalam buku ini. Pada hemat saya. Ianya lebih dari itu. Ingat!, Perkampaunan (Compounding) adalah gandaan.



Artikel ini hanya rumusan. Anda disarankan membaca lebih terperinci dalam buku tersebut yang mengandungi banyak kajian kes.

Artikel ini membuat rumusan dan mengaitkannya dengan suasana serta sejarah masyarakat setempat.
"81.45 billion dollar daripada 84.5 billion kekayaan Warren Buffet wujud selepas hari jadi ke 65 beliau. Akal kita tidak mampu menghadam kegilaan ini."

Angka tersebut kelihatan kecil jika anda sekadar melihat dan membaca. Tetapi akan besar dan gila jika anda berfikir dan memahaminya.

Pada awal bab ini menceritakan 4 zaman ais yang berlaku di Bumi. Bertujuan mengambil iktibar dari tindakkan sedikit menghasilkan impak yang besar dan berterusan.

Zaman ais ini berulang bukan disebabkan oleh pembekuan yang melampau. Tetapi disebabkan musim panas tidak terlalu panas untuk mencairkan ais.

Disebabkan itu, ais yang tidak berkurang. Malah, ianya terus bertambah dengan kewujudan lapisan ais baru.

Alam banyak memberi pelajaran kepada kita. Tetapi kebanyakkan kita mengabaikannya. Malah, hanya mengaitkan perkara tahyul dan tidak jelas.

Tidakkah engkau memerhatikan bahawasanya kapal-kapal belayar di laut dengan nikmat kurnia Allah, untuk diperlihatkan kepada kamu sebahagian dari tanda-tanda kemurahanNya?

Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan dan bukti (untuk berfikir) bagi tiap-tiap (mukmin) yang tetap teguh pendiriannya, lagi sentiasa bersyukur.
Surah Luqman Ayat 31

Mari kita lihat gandaan yang berlaku dalam teknologi. Daripada disket (floppy disk) 💾. Hanya dapat menyimpan 1 hingga 2 mb pada tahun 1969.

Sekarang  pemacu kilat (pendrive) mampu menampung sehingga 2 TB. Malah lebih kecil, lebih pantas dan tahan lasak.

Perbezaanya adalah 1,999,998 MB. Perbezaan yang besar sejak kemudahan penyimpanan data mudah alih diperkenalkan. Berapakah gandaan kampasiti tersebut?

Perkampaunan amat sukar difahami sehingga banyak antara kita sukar memahami potensi. Malah orang bijak pandai juga terlepas pandang perkara ini.

Bill Gate pernah mengkritik Gmail, beliau tertanya-tanya mengapa seseorang memerlukan storan sehingga gigabit?.

Pelaburan bukanlah sekadar mendapat mendapat keuntungan yang tinggi. Keuntungan yang terlalu tinggi biasanya sekejap sahaja.

Keuntungan yang terbaik adalah berulang untuk jangka masa yang panjang.

Jika anda membaca artikel saya sebelum ini iaitu Tuah dan Risiko, anda akan memahami mengapa mendapat keuntungan berulang lebih baik dari keuntungan yang terlalu tinggi.

“Seandainya manusia diberi dua lembah berisi harta, tentu ia masih menginginkan lembah yang ketiga. Yang boleh memenuhi dalam perut manusia hanyalah tanah. Allah tentu akan menerima taubat bagi siapa saja yang ingin bertaubat.” 
(Hadis Riwayat Bukhari no. 6436)

Namun! Ada juga keuntungan yang tinggi boleh berulang tetapi ianya berakhir dengan kisah tragis yang akan kita bincangkan dalam artikel seterusnya.

Artikel seterusnya
▶️ Jadi Kaya VS Kekal Kaya (dalam proses)

Artikel sebelumnya

Rujukan:

Catat Ulasan

Nyatakan cadangan, pandangan dan maklumbalas anda di bawah ini dengan berhemah. Kami akan sedaya upaya untuk membantu.

Terbaru Lebih lama