JADI KAYA VS KEKAL KAYA -THE PSYCOLOGY OF MONEY (5)

Merupakan Bab yang ke 5 dalam buku The Psychology of Money. Kekayaan tidak semestinya tentang membuat keputusan dengan baik.

Tetapi ianya tentang tidak membuat kesilapan secara konsisten.


Artikel ini hanya rumusan. Anda disarankan membaca lebih terperinci dalam buku tersebut yang mengandungi banyak kajian kes.

Kekayaan adalah bukan kejayaan sebenar. Survival jangka panjang dan mampu bertahan lama adalah kejayaan sebenar.

Berapa lama? Berapa panjang? Bergantung kepada pendapat masing-masing berdasarkan ilmu dan pengalaman.

Terdapat satu kisah yang menarik untuk dikongsi. Sebuah firma Venture Capital bernama Sequoio berjaya dalam tempoh 5-10 tahun.

Bila ditanya kepada Moritz (pemilik firma). Beliau berkata:

"Kami rasa kami sentiasa takut perniagaan kami lingkup"

Mungkin antara kita memikirkan. Adakah hanya dengan paranoid sahaja mampu membawa kita kepada kejayaan. Kemudian beliau menyambung:

"Ada banyak kebenaran di situ. Kami sentiasa mengandaikan hari esok tidak seperti semalam.

Kami tidak boleh selesa dengan kejayaan. Kami tidak boleh merasa selesa.

Kami tidak boleh mengandaikan kejayaan semalam akan membawa kepada kejayaan hari esok."

Selain itu, bab ini menerangkan bahawa kekayaan itu memang ada. Cuma jangan tergesa-gesa untuk mendapatkannya.

Sehinggakan anda meletakkan semua yang anda ada untuk mencapainya. Masa, keluarga, harta, kesihatan, simpanan dan sebagainya adalah apa yang anda ada.

"Ketahuilah bahwa kehidupan dunia itu hanyalah permainan, kelengahan, perhiasan, dan saling bermegah-megahan di antara kamu serta berlomba-lomba dalam banyaknya harta dan anak keturunan.

(Perumpamaannya adalah) seperti hujan yang tanamannya mengagumkan para petani, lalu mengering dan kamu lihat menguning, kemudian hancur. 

Di akhirat ada azab yang keras serta ampunan dari Allah dan keridaan-Nya. Kehidupan dunia (bagi orang-orang yang lengah) hanyalah kesenangan yang memperdaya." (QS Al Hadid: 20)

Anda pilih antara pulangan tinggi atau pulangan yang konsisten. Konsisten boleh menghasilkan pengkompaunan berlipat kali ganda.

Merancang penting dalam perniagaan tetapi belum tentu yang dirancang akan berjaya. Disebabkan itu anda harus terus merancang.

Kita memerlukan sikap optimis dalam perniagaan tetapi itu tidak cukup. Melihat risiko atau bimbang (paranoid) tentang masa depan lebih penting.

Mengapa harus optimis? Sebab proses ke arah matlamat bukanlah suatu arena yang selesa dan mengapa harus paranoid?.

Sebab proses ke arah matlamat penuh dengan kejutan-kejutan yang tidak di duga.

Proses ke arah matlamat kita adalah kesukaran dan kesusahan. Ianya merupakan cara pertumbuhan yang harus dipelajari yang akan dibincangkan dalam bab seterusnya.

Artikel seterusnya
▶️ Hasil Tidak Akan Mengkhianati Usaha (dalam proses)

Artikel sebelumnya

Rujukan:


Catat Ulasan

Nyatakan cadangan, pandangan dan maklumbalas anda di bawah ini dengan berhemah. Kami akan sedaya upaya untuk membantu.

Terbaru Lebih lama