HOMESTAY KAMPUNG MONGKOS KUCHING SARAWAK



Pengalaman menarik pakej Homestay Mongkos adalah Jungle tracking menuju ke sempadan Indonesia.
 
Keunikan Lagenda Batu Kapal Bugis, Jungle tracking, air terjun silungkung, malam kebudayaan, pengalaman dalam rumah panjang bidayuh dan sebagainya.

Homestay Mongkos terletak di Kampung Mongkos Serian lebih kurang 2 jam dari bandaraya Kuching dan 51 minit dari bandar Serian. 

Homestay Kampung Mongkos menawarkan penginapan bermula RM120.00 semalam dan terdapat 11 bilik yang boleh anda tempah.

 Terdapat dua dorm yang bersaiz kecil untuk 12 orang dan dorm bersaiz besar untuk 14 orang dengan tawaran harga RM300.00 semalam.

Anda juga boleh meminta pihak homestay untuk menyediakan sarapan , makan tengah hari dan makan malam dengan caj bermula dari RM25 seorang.

Apa yang akan lihat semasa aktiviti Jungle Tracking ke Sempadan Indonesia adalah suasana hutan yang tenang.

Air sungai kecil berbatu kerikil mengalir sejuk dan bersih. 

Kebun-kebun orang kampung seperti kebun durian, kebun lada, kebun nanas dan sebagainya.

Jika anda bertuah maka anda akan dibawa di kawasan perkampungan negara Indonesia dan merasai suasana yang akan dikenang sepanjang hayat.

Perjalanan lebih kurang satu jam dari Homestay Mongkos.

Lagenda Batu Kapal Bugis lebih kurang 20 minit berjalan kaki dari Homestay Mongkos.
Di sana anda akan melihat batu berbentuk kapal di atas bukit yang agak tinggi. 

Kapal tersebut bertukar menjadi batu akibat daripada anak kapal mengejek batu-batu yang berada di kawasan tersebut.

Air terjun Silungkung antara tempat yang harus dilawati bagi yang menginap di Homestay Mongkos.

Pengalaman cukup berbeza berhubung dengan alam semula jadi. Suasana yang tenang bunyi deruan air sepanjang perjalanan.

Berjalan kaki dari Homestay Mongkos ke air terjun Silungkung mengambil masa lebih kurang 45 minit hingga 60 minit dengan jarak lebih kurang 8km.

Air terjun Silungkung mempunyai empat tingkat dan paling teratas dikatakan lebih menarik.

Terdapat gua dan anda boleh mendengar bunyi Gong sekiranya anda melanggar pantang larang di kawasan tersebut.

Selain daripada itu, rumah panjang bersebelahan dengan Homestay Mongkos juga mempunyai cerita dan pengalaman yang menarik untuk dirasai pengunjung.

Rumah panjang mempunyai 24 pintu.
 
Aktiviti kebudayaan pada sebelah malam merupakan tarian tradisional seperti tarian Langgie empunjong, Langgie Pingadep, Langgie Kitandang, Langgie Bunga, Aruh dan sebagainya.

Setiap tarian mempunyai cerita rakyat yang tersendiri.  

Malam tersebut anda juga boleh menikmati makanan tradisional dari masyarakat Bidayuh seperti Ayam Pansoh, Asam, Pangkang dan sebagainya.

Sekiranya anda ingin merasai pengalaman damai healing sampai pagi jauh dari hirup pikok kesibukan bandar, hubungi nombor 01116093883 Encik Wilson untuk maklumat terperinci. 




Catat Ulasan

Nyatakan cadangan, pandangan dan maklumbalas anda di bawah ini dengan berhemah. Kami akan sedaya upaya untuk membantu.

Terbaru Lebih lama