JENIS POKOK BAKAU KUCHING WETLAND NEGERI SARAWAK


Pokok bakau yang ada di Negeri Sarawak, terutama sekali di kawasan Taman Negara Kuching terdapat dua jenis pokok bakau.

Jenis pokok bakau yang terdapat di kawasan Taman Negara Kuching adalah pokok bakau minyak dan pokok bakau buaya.

Mengapa pokok bakau tersebut dinamakan pokok bakau buaya? Itu kerana struktur pokok bakau tersebut hampir sama seperti bahagian belakang buaya.

Sebab itulah pokok bakau tersebut dinamakan sebagai pokok bakau buaya.

Yang kedua ialah, jenis pokok bakau minyak. Saya pernah dibawa oleh pegawai Taman Negara Kuching ini untuk pergi melawat kawasan pokok bakau di Semenanjung Malaysia. 

Kebanyakan pokok bakau di Semenanjung ialah jenis pokok bakau minyak manakala, pokok bakau minyak jarang ditemui.

Tetapi jika anda ingin melihat pokok bakau buaya, ianya boleh dilihat di persisiran pantai ataupun di tepi sungai berbeza dengan pokok bakau minyak.

Pokok bakau minyak mempunyai struktur yang licin dan kebanyakannya jauh daripada sungai. Itulah perbezaan daripada pokok bakau minyak dan pokok bakau buaya.

Selain daripada dua jenis pokok bakau ini, terdapat juga jenis pokok yang terdapat di Taman Negara Kuching ini yang dikenali sebagai pokok berus.

Satu lagi adalah pokok potot, salah satu bahasa yang disebut oleh orang kampung.

Adakah anda tahu apakah keunikan pokok bakau ini?

Saya pernah mengikut pegawai Taman Negara bahagian RAMSA yang bertanggungjawab atas Taman Negara Kuching.

Pokok bakau ini sebenarnya mempunyai keunikannya yang tersendiri. Kenapa saya mengatakan bahawa pokok bakau ini unik? 

Pokok bakau ini adalah tempat ikan menetas telur. Kebanyakan ikan yang datang dari laut akan pergi ke jangkar pokok bakau.

Maksud jangkar adalah akar pokok bakau yang bercambah di atas tanah. Jangkar tersebut membantu mengukuh dan mengikat tanah. Di jangkar itulah tempat pengeluaran benih ikan.


Kita semua tahu bahawa ikan menetas telur, jadi ikan akan menetas telurnya di jangkar pokok bakau tersebut.

Satu lagi adalah pokok api-api, sebenarnya banyak jenis pokok yang terdapat di Taman Negara Kuching ini. Tidak hanya di Taman Negara ini, tetapi majoritinya di kawasan Kuching.

Terdapat banyak pokok api-api, ada juga pokok yang dikenali sebagai pokok nyirih.

Keburukan pokok api-api ini adalah, jika pokok tersebut berada di tepi air, ia akan menyebabkan kepupusan ikan.

Kenapa saya mengatakan bahawa ikan akan pupus? Saya pernah bertanya kepada pengkaji tentang Taman Negara ini.

Pengkaji tersebut mengatakan bahawa terdapat sejenis racun pada pokok api-api ini. Sebab itulah ikan tidak mahu menghampiri pokok tersebut.

Pokok bakau menjadi tempat pelindungan ikan dengan selamat. Itulah kelebihan pokok bakau kepada hidupan air.

Pesanan saya kepada para pelancong yang ingin melihat pokok bakau di Kawasan Taman Negara Kuching.

Yang pertama, anda haruslah mencari pemandu pelancong yang berpengalaman. Supaya mereka dapat menjelaskan perbezaan di antara pokok bakau minyak dan pokok bakau buaya.

Selain itu juga, supaya mereka dapat menjelaskan tentang jenis pokok yang lain. Sebenarnya banyak yang dapat menjadi pemandu pelancong.

Tetapi tidak semua yang mendalami jenis dan erti pokok-pokok yang terdapat di kawasan Taman Negara Kuching ini.

Itulah sahaja pesanan daripada saya. Yang paling penting anda haruslah mencari pembawa pelancong yang sesuai dan berpengalaman.

Untuk tempahan melawat kawasan Kuching Wetland. Anda boleh boleh membuat tempahan melalui butang di bawah




Catat Ulasan

Nyatakan cadangan, pandangan dan maklumbalas anda di bawah ini dengan berhemah. Kami akan sedaya upaya untuk membantu.

Terbaru Lebih lama