JENIS BUAYA DI KUCHING WETLAND SARAWAK


Di Sarawak, majoriti semua orang akan tahu apabila kita bercerita tentang buaya. Saya akan menceritakan tentang buaya yang terdapat di Taman Negara Kuching.

Buaya yang terdapat di Taman Negara Kuching ini adalah sejenis hidupan liar. Buaya di sini berbeza dengan buaya yang di dalam kolam. 

Terdapat dua jenis buaya yang terdapat di Sarawak iaitu buaya nyolong dan buaya katak. Buaya nyolong selalunya berada di kawasan air yang sejuk.

Kenapa buaya ini dinamakan buaya nyolong? Ini kerana mulut buaya tersebut panjang. 


Buaya yang terdapat di Taman Negara Kuching adalah jenis buaya katak kerana saiz buaya ini adalah besar dan pendek. Buaya ini memang kelihatan seperti katak tetapi buaya bersaiz besar.


Untuk melihat buaya ini haruslah berpandukan tempat dan semasa air surut. Air surut tidak semestinya pada waktu petang, ada juga air surut pada waktu pagi.

Kalau anda mahu mendapatkan orang yang berpengalaman tentang buaya ini, anda boleh mengubungi Koperasi Nelayan Samariang.

Buaya ini adalah sangat sensitif, tidak menakutkan orang tetapi kalau dikatakan buaya ini memakan orang juga tidak. 

Saya ada mendapat taklimat tentang buaya ini, saya mengetahui bahawa buaya ini mempunyai prinsip 3M iaitu Memahami, Menguasai dan Memelihara. Itulah yang saya pelajari dari Jabatan Perhilitan.

Buaya yang ada di kawasan Sarawak sekarang kebanyakannya adalah buaya katak, bukannya buaya nyolong. Buaya nyolong kebanyakannya berada di kawasan Bandar Kuching ataupun di hulu sungai.

Tetapi, jika ingin melihat buaya ini haruslah menunggu masa air surut. Terdapat juga perbezaan pada waktu malam dan waktu siang.

Pada waktu siang, buaya ini dapat dilihat ketika air surut. Jika air pasang, buaya selalunya berada di hulu sungai. Manakala, pada waktu malam kita haruslah berpandukan kepada tempat. 

Sebab itulah pegawai Kuching Wetland dan Jabatan Perhilitan memberi tanda lokasi dimana buaya selalu memunculkan diri ataupun tempat buaya tersebut berehat.

Kebanyakan pelancong asing lebih gemar melihat hidupan liar ini di dalam kawasan Kuching Wetland berbanding buaya yang di dalam kolam.

Jika disebut tentang hidupan liar, sudah semestinya liar kan? Betul atau tidak? 

Hidupan liar ini bersifat pemalu dan boleh dikatakan sangat sensitif. Setakat ini buaya di kawasan Taman Negara ini berada di tahap yang tidak terlalu agresif dan masih boleh dilihat.

Satu lagi, untuk makluman semua yang ingin melihat buaya ini. Buaya ini sejenis yang pemalu, jadi buaya ini akan menghilang jika melihat orang awam. 

Buaya ini kadang-kadang menampakkan diri dan kadang-kadang juga tiada terlihat. Kalau ada rezeki memang banyak buaya muncul di atas air.

Setakat ini, buaya di Sarawak ini kalau dikatakan agresif, tidak juga terlalu agresif sebab ianya terpulang kepada nasib anda.

Buaya di kawasan Taman Negara Kuching ini belum di tahap yang agresif berbanding buaya di Batang Lupar dan di Bandar Kuching dimana kita selalu mendengar kes orang kena baham buaya.

Ada satu ketika dulu, penduduk di Kampung Salak ini pernah disambar buaya, itu adalah saudara saya sendiri. 

Itu juga kebetulan buaya tersebut ingin membaham orang, boleh dikatakan buaya tersebut sudah terlanjur ingin membaham orang. 

Sedangkan saya sebagai nelayan selalu menjumpai buaya ini, kadang-kadang buaya tersebut berada di sebelah bot saya. 

Pesanan saya kepada para pelancong, kalau ingin melihat buaya janganlah bersikap angkuh kerana orang yang selalu angkuh, selalunya akan ditimpa masalah.

Bagi pembawa pelancong juga haruslah berwaspada dan janglah terlalu seronok ketika membawa pelancong untuk melihat hidupan liar ini. Kita haruslah bersikap sederhana sahaja.

Itu sahaja pesanan daripada saya, semoga bermanfaat kepada semua yang membaca artikel ini.


 




 

Catat Ulasan

Nyatakan cadangan, pandangan dan maklumbalas anda di bawah ini dengan berhemah. Kami akan sedaya upaya untuk membantu.

Terbaru Lebih lama