DIMANA KEDUDUKAN PERNIAGAAN ANDA DALAM ELEMEN CASHFLOW QUADRANT

Cashflow Quadrant, yang diilhamkan oleh Robert Kiyosaki, adalah satu konsep yang memperlihatkan empat kategori utama orang dalam dunia perniagaan dan kewangan.

Idikator ini memberi gambaran kedudukan kita dalam dunia perniagaan sekali gus menerangkan bagaimana kita menjana pendapatan.

Mendapatkan kekayaan atau mencari kebebasan kewangan adalah suatu perkara yang berbeza. Tetapi, kebebasan kewangan adalah lambang kekayaan.

cashflow quadrant

Usahawan perlu mengenalpasti apakah objektif utama mereka menjalankan perniagaan. Adakah sekadar mengisi masa lapang atau ke arah kebebasan kewangan.

Penting untuk memahami kebebasan kewangan yang sebenar. Ini kerana, kebanyakkan orang hanya memahami kekayaan.

Mungkin juga mereka keliru dengan kejayaan. Apakah itu kejayaan? Jawapannya seakan berbeza pada semua orang.

Tetapi, apabila diamati sebenarnya ianya adalah kebebasan kewangan. Setiap kategori ini mempunyai pendekatan yang berbeza terhadap pendapatan dan sumber kewangan.

Berikut adalah 4 Elemen utama dalam Cashflow Quadrant

Pekerja Gaji (Employee):

Pekerja Gaji adalah individu yang bekerja untuk orang lain atau syarikat. Mereka menerima pendapatan tetap dalam bentuk gaji bulanan atau upah mingguan berdasarkan perjanjian perkerjaan.

Pekerja Gaji bergantung sepenuhnya pada pendapatan yang diberikan oleh majikan mereka. 

Mereka tidak mempunyai kawalan langsung ke atas perniagaan dan keuntungan mereka adalah terhad.

Pemilik Perniagaan Kecil (Small Business Owner):

Pemilik Perniagaan Kecil adalah individu yang memiliki dan menjalankan perniagaan mereka sendiri.

Mereka boleh mempunyai beberapa pekerja tetap atau kontrak yang membantu mereka dalam operasi harian perniagaan.

Pemilik Perniagaan Kecil masih memainkan peranan utama dalam perniagaan mereka dan keuntungan mereka bergantung kepada prestasi perniagaan tersebut.

Walaupun mereka mempunyai kawalan lebih besar daripada pekerja gaji, mereka masih terikat dengan perniagaan mereka dan perlukan usaha yang berterusan untuk menjaga kestabilan dan pertumbuhan perniagaan.

Pemilik Perniagaan Besar (Big Business Owner):

Pemilik Perniagaan Besar adalah individu yang mempunyai perniagaan besar dengan struktur organisasi yang kompleks. 

Mereka mungkin mempunyai pekerjaan, pengurus, dan pasukan yang besar untuk mengendalikan operasi perniagaan.

Pemilik Perniagaan Besar mempunyai kebebasan yang lebih besar dan keuntungan yang lebih tinggi berbanding Pemilik Perniagaan Kecil.

Mereka boleh menjalankan perniagaan mereka dengan sedikit penglibatan harian dan mempunyai pasif pendapatan dari pelbagai sumber.

Pelabur (Investor):

Pelabur adalah individu yang melaburkan wang mereka dalam pelbagai aset atau perniagaan dengan tujuan mendapatkan pulangan yang maksimum.

Mereka boleh melabur dalam saham, hartanah, pasaran kewangan, atau perniagaan yang lain.

Pelabur mengambil risiko kewangan dan mencari peluang untuk memperoleh pendapatan pasif yang konsisten dari pelaburan mereka.

Setiap bahagian Cashflow Quadrant mempunyai kelebihan dan kelemahan tersendiri. 

Objektif utama adalah bergerak dari bahagian pekerja gaji ke bahagian pemilik perniagaan dan pelabur yang membolehkan anda mencapai kemerdekaan kewangan dan kebebasan masa yang lebih besar.

Dalam Cashflow Quadrant, pemusatan utama adalah untuk membangunkan sumber pendapatan pasif dan memaksimumkan potensi pendapatan anda.

Catat Ulasan

Nyatakan cadangan, pandangan dan maklumbalas anda di bawah ini dengan berhemah. Kami akan sedaya upaya untuk membantu.

Terbaru Lebih lama