AKTIVITI MARA BUSINESS MANAGEMENT PROJECT


Pada hari pertama untuk program pengurusan operasi perniagaan dikendalikan oleh beloya2u, kami menyediakan peralatan seperti ring light, tripod dan microphone untuk diagihkan kepada penyewa-penyewa Mara.



Kemudian, perkongsian ilmu dari pengurus operasi Beloya2u iaitu Encik Khalifah Khalik mengenai pengurusan operasi perniagaan secara ringkas dan padat.

Tujuan perkongsian ini adalah untuk mendedahkan usahawan mengenai pengurusan kewangan yang efektif dan teratur.


Mendedahkan dokumen-dokumen perniagaan, kefahaman pembacaan penyata kewangan, percukaian dan pengiraan zakat.

Beliau menghuraikan isi – isi penting mengenai pengurusan perniagaan dengan jelas dan para penyewa – penyewa Mara diberi galakkan untuk melontarkan soalan dan pendapat. 


Seterusnya, pembentangan dari (photocinematographer) content creator / tiktoker iaitu NazzCoco seorang anak Sarawak yang mempunyai bakat dan seorang yang kreatif dalam perkongsian ilmu mengenai menghasilkan content yang menarik. 


Dalam perkongsian beliau, pentingnya sosial media seperti tiktok, facebook dalam meluaskan atau mempromosikan sesebuah perniagaan. 

Selain daripada itu juga, keperluan barang seperti ring light, tripod dan sebagainya juga memainkan peranan penting untuk menghasilkan video yang berkualiti dan menarik. 


Pada waktu malam, NazzCoco mengadakan aktiviti secara berkumpulan untuk para peserta dalam menghasilkan video pendek dengan bertemakan secara bebas. Para peserta disarankan menggunakan aplikasi capcut untuk proses suntingan. 

Tempoh proses suntingan video diberikan untuk para peserta sehingga hari seterusnya sebelum hasil video tersebut dibentangkan daripada setiap kumpulan. 


Mara juga menganjurkan majlis makan malam/ dinner bersama para penyewa – penyewa Mara serta kedatangan Tuan Arman atas pertukaran tempat kerja beliau. Majlis berlangsung secara sederhana. 


Pada hari ketiga, jemputan agensi daripada PERKESO, KWSP, ROS dan KKM dalam perkongsian ilmu kepada para peserta yang bermanfaat.





 

Catat Ulasan

Nyatakan cadangan, pandangan dan maklumbalas anda di bawah ini dengan berhemah. Kami akan sedaya upaya untuk membantu.

Terbaru Lebih lama