TIKTOK ATAU FACEBOOK? MANA YANG TERBAIK UNTUK PROMOSI?

Dalam era digital yang terus berkembang, iklan melalui media sosial telah menjadi salah satu strategi penting dalam pemasaran perniagaan. 

Dua platform yang popular dan sering digunakan untuk beriklan adalah TikTok dan Facebook.

Kumpulan atau individu terutamanya yang tiada pengalaman menggunakan keduanya hanya akan meneka sahaja berdasarkan viraliti.


tiktok atau facebook

Kekeliruan ini juga memberi impak kepada agensi yang menyediakan perkhidmatan membantu usahawan.

Di dalam artikel ini secara ringkas penerangan mengenai perbezaan ini dan apakah sekmen usahawan yang susuai berkaitan dua sosial media ini.

Namun, sebelum Anda memilih platform yang tepat untuk iklan Anda, penting untuk memahami perbezaan antara keduanya. 

Berikut ini adalah perbandingan antara beriklan melalui TikTok dan Facebook

Audiens dan Demografi

  • TikTok

TikTok amat popular di kalangan generasi muda, khususnya di antara remaja dan anak muda. 

Jika sasaran pasaran Anda adalah kelompok usia ini, TikTok menawarkan akses ke audiens yang sangat terfokus pada generasi muda.

  • Facebook

Facebook memiliki jangkauan pengguna yang lebih luas dan mencakup berbagai kelompok usia dan demografi. 

Jika Anda ingin menjangkau audiens yang lebih beragam dalam segala usia, Facebook adalah platform yang lebih sesuai.

Format Konten

  • TikTok

TikTok fokus kepada konten video pendek yang kreatif dan menarik. 

Platform ini menawarkan bermacam-macam ciri suntingan video dan kesan khas khusus yang membantu Anda untuk menciptakan konten yang unik dan viral.

  • Facebook

Facebook menawarkan berbagai format konten, termasuk teks, gambar, video, tautan, dan banyak lagi.

Anda memiliki lebih banyak fleksibiliti dalam menggabungkan jenis konten yang berbeda sesuai dengan keperluan kempen iklan anda.

Interaksi dan Keterlibatan Pengguna

  • TikTok

TikTok popular kerana banyak pengguna dan trafik yang tinggi. Pengguna sering memberikan komen, menyukai, dan berkongsi konten dengan cepat. 

Ciri-ciri TikTok seperti "Duet" dan "Challenge" menyebabkan kolaborasi dan partisipasi yang lebih besar dari pengguna.

  • Facebook

Walaupun Facebook juga mempunyai keterlibatan pengguna yang signifikan, interaksi lebih terpusat pada komen, suka, dan berkongsi. 

Facebook juga menyediakan ciri-ciri seperti Group dan Facebook Page yang dapat digunakan untuk membangun komuniti dan terlibat dengan audiens.

Sasaran dan Pemasangan Iklan

  • TikTok

TikTok masih dalam tahap pengembangan dalam isu sasaran pengiklanan dan ciri-ciri pemasangan iklan. 

Anda dapat membuat sasaran audiens berdasarkan demografi umum, tetapi pilihan targeting yang lebih terperinci masih terbatas.

  • Facebook

Facebook memiliki ciri-ciri pemasangan iklan yang lebih matang dan lengkap. 

Anda dapat menyasarkan audiens berdasarkan faktor-faktor seperti demografi, minat, perilaku, dan lokasi dengan ketepatan yang tinggi. 

Ciri-ciri pemasangan iklan dan laporan yang jelas juga disediakan oleh Facebook.

Anggaran dan Bajet

  • TikTok

Kos pengiklanan di TikTok kebiasaannya lebih tinggi daripada di Facebook. 

Ini dapat menjadi faktor penting terutama jika Anda memiliki anggaran bajet yang terhad.

  • Facebook

Facebook menawarkan fleksibiliti dalam penyediaan iklan. Anda dapat membuat aturan anggaran bajet harian atau jumlah semua bajet anda.

Anda juga boleh menyesuaikan penawaran Anda sesuai dengan tujuan dan persaingan.


Pada akhirnya, platform mana yang terbaik untuk beriklan adalah bergantung pada karakteristik pernigaan Anda, sasaran pasaran, dan tujuan kempen Anda. 

Apa yang terbaik adalah, ada perlu memahami sasaran pasaran dan menguji hasil promosi Anda pada kedua platform untuk menentukan mana yang memberikan hasil terbaik. 

Anda juga dapat mempertimbangkan untuk menggunakan kedua platform secara bersamaan untuk memaksimumkan jangkauan dan impak kepada kempen iklan anda.




Catat Ulasan

Nyatakan cadangan, pandangan dan maklumbalas anda di bawah ini dengan berhemah. Kami akan sedaya upaya untuk membantu.

Terbaru Lebih lama