SATAY PANGGANG MIRI SARAWAK



Saya mula berniaga pada tahun 2015 hanya dengan menjual kuih. Pada tahun 2019 bulan September saya menjual makanan berpanggang dan sate di kawasan Senadin sehingga sekarang.

Ditambah pula, produk saya dapat membantu para pengunjung dan penduduk sekitar mudah mendapatkan sate di tempat yang terdekat dengan harga yang berpatutan.

Antara maklum balas pelanggan, sate & makanan berpanggang saya sedap dan menyelerakan serta harga yang ditawarkan mampu milik.

Menu yang saya sediakan seperti, sate ayam, daging, kambing dan juga menu yang spesial seperti urat    ( tendon ) dan perut sapi.

Kami turut menjual seperti sayap ayam penggang, buntut, sosej dan lain-lain. Selain itu juga, menu istimewa di sini antara jualan yang tinggi ialah "hati buyah" atau limpa ayam.

Lokasi tapak jualan saya terletak berhadapan Cahaya Taufik, Senadin, Miri. Kebanyakan pelanggan saya di sekitar Senadin dan seluruh Miri.

Sekiranya ingin mendapatkan produk saya untuk majlis keramaian atau program , anda boleh membuat tempahan melalui maklumat yang diterterakan di bawah .

Tel / Whatsapp : +60198552523 ( Lubok Satay ) 

atau menerusi facebook page Lubok Satay.

Seorang usahawan haruslah berkeyakinan, tidak mudah berputus asa, dan jujur dalam perniagaan.




[penafian : beloya2u tidak terlibat dalam transaksi]

Catat Ulasan

Nyatakan cadangan, pandangan dan maklumbalas anda di bawah ini dengan berhemah. Kami akan sedaya upaya untuk membantu.

Terbaru Lebih lama