PAKAIAN TRADISIONAL MODEN MIRI SARAWAK



Sejak tahun 90’ an lagi saya telah terlibat dalam bidang keusahawanan. Saya mula membuka kedai di Bintang Megamall pada November 2018.

Seterusnya saya berpindah ke Medan Niaga SEDC pada Oktober 2020. Pada awalnya, setelah pulang dari KL, saya mendapati harga pakaian di Miri agak terlalu mahal.

Kemudian, saya membuat keputusan untuk membuka kedai di Miri memandangkan saya mempunyai pengalaman menjalankan perniagaan pakaian dan membuka kedai atau “flea market”.

Dalam perniagaan ini,  “Affordable for everyone” adalah moto saya ditambah juga ingin menyemarakkan lagi industri pelancongan di Sarawak.

Menerusi maklum balas pengunjung , barangan di kedai saya menyajikan harga yang berpatutan serta banyak pilihan saiz (plus size).

Antara produk saya ialah kebaya getah, jenis sulaman atau “embroidery”, baju kurung, gaun, vest orang ulu, baju tradisional dan sebagainya.

Lokasi perniagaan saya terletak di Medan Niaga SEDC, Miri, Sarawak. Rata-rata pengunjung datang dari orang tempatan, Sabah, Semenanjung, dan para pelancong yang melawat di Miri.

Sekiranya anda berminat & ingin tahu lebih lanjut, sila hubungi +60168244021 (Nancy Lifestyle Boutique) atau facebook page NANCY LIFE STYLE Boutique.

Seorang usahawan haruslah mempunyai jiwa yang kental, tidak kira hujan atau panas kedai harus sentiasa buka. Waktu operasi kedai mestilah ikut masa yang ditetapkan serta jangan tutup awal. 



[penafian : beloya2u tidak terlibat dalam transaksi]


Catat Ulasan

Nyatakan cadangan, pandangan dan maklumbalas anda di bawah ini dengan berhemah. Kami akan sedaya upaya untuk membantu.

Terbaru Lebih lama