PUNCA POSTING KENA REMOVE DI FB GROUP


Saya banyak menerima aduan daripada usahawan yang mengatakan posting mereka di facebook group kena remove ataupun kena decline oleh admin facebook group.


Ini terjadi kerana terdapat perubahan terma dan syarat yang terdapat dalam facebook group

Perubahan ini terjadi kerana facebook group tersebut pernah kena spam oleh ahli di dalam facebook group tersebut.

Terdapat ramai ahli di dalam facebook group tersebut melanggar community guidelines yang ditetapkan oleh facebook.

Antara kesan apabila terlalu banyak berlaku spam ataupun pelanggaran community guidelines maka facebook akan mengenakan sekatan ke atas posting.

Admin di dalam facebook group tersebut akan diberi notis seperti berikut.


Ini adalah salah satu notis yang dikeluarkan oleh facebook kerana berlaku pelanggaran community standards.

Ini menyebabkan setiap posting yang dikeluarkan oleh ahli terpaksa secara manual dibuat approval oleh admin dan ini akan menyusahkan admin.

Oleh sebab itu, admin terpaksa mengaktifkan satu sistem yang terdapat di dalam facebook group yang disebut sebagai admin active

Admin active secara automatik akan menapis setiap posting yang dibuat oleh ahli di dalam facebook group dan sudah pastinya ramai ahli yang tidak memenuhi syarat.

Ini adalah contoh apa yang berlaku di dalam facebook group:


Automatically declined oleh admin active dan bukan secara manual tetapi automatik yang dibuat oleh admin active ataupun dibuat sendiri oleh facebook.

Antara punca posting kena declined adalah memasukkan kurang daripada 10 characters semasa membuat sharing dari facebook page ataupun facebook personal ke facebook group.


Oleh itu, ahli perlulah memasukkan caption terlebih dahulu sebelum menekan butang share. Selain itu, terdapat kriteria lain menjadi punca kepada posting kena remove iaitu:


Sekiranya anda memasukkan link yang tidak dibenarkan maka posting anda akan kena declined.

Sekiranya anda pernah melanggar community guidelines facebook dalam masa 28 hari kebelakang maka posting anda akan kena declined.

Kemungkinan terdapat keyword yang tidak dibenarkan oleh admin. Oleh sebab itu, setiap kali anda masuk di dalam facebook group pastikan anda membaca announcement terlebih dahulu. 

Pastikan keyword yang anda guna dibenarkan oleh admin.

Jika terdapat facebook personal yang tidak menggunakan profile picture maka secara automatik posting anda akan kena declined.

Bahagian ini bergantung kepada admin active sama ada mereka hendak meletakkan 3 bulan, 2 bulan, 6 bulan, ataupun sebulan. Kebiasaannya admin assist akan meletakkan 6 bulan.
 
Sekiranya kurang daripada 6 bulan, facebook profile anda akan kena declined posting di facebook group secara automatik oleh admin assist. Selain daripada itu, terdapat juga peraturan lain seperti:


Maksudnya, penulis, ahli facebook ataupun pengguna facebook telah dilaporkan sebanyak 3 kali dalam masa 28 hari. 

Sekiranya facebook anda dilaporkan dalam masa 28 hari oleh pengguna facebook lain maka posting anda di dalam facebook group akan kena declined secara automatik oleh admin assist.


Seterusnya, untuk kes ini kebanyakannya adalah orang yang menggunakan system auto share ataupun perisian secara automatik akan membuat share activity anda ke facebook group

Terdapat banyak lagi punca mengapa posting anda di facebook group kena declined.


Antara yang lainnya adalah terdapat facebook group yang tidak membenarkan anda membuat sharing daripada facebook page ataupun facebook personal anda ke facebook group.

Terdapat juga facebook group yang mengaktifkan terma dan syarat seperti:


Maksudnya, jika anda memasukkan satu gambar sahaja dan membuat sharing maka posting anda akan kena declined.

Seterusnya, jika posting anda mempunyai video maka secara automatik posting anda akan kena declined.  

Sekiranya anda membuat posting dan terdapat link di dalam posting anda maka posting anda secara automatik akan kena declined.

Kemungkinan terdapat banyak terma dan syarat yang dikenakan untuk ahli.

Secara ringkasnya anda hanya perlu tahu, apabila anda buat sharing di facebook page dan facebook personal ke facebook group pastikan anda memasukkan 10 characters

Sekurang-kurangnya 10 caption ataupun 10 patah perkataan dan pastikan facebook anda mempunyai profile picture.

Pastikan facebook personal anda berumur lebih 6 bulan ataupun 12 bulan ke atas.

Seterusnya, pastikan facebook anda tidak melanggar mana-mana tatacara komuniti (community guidelines) yang dikenakan oleh facebook dalam masa 28 hari kebelakang.

Catat Ulasan

Nyatakan cadangan, pandangan dan maklumbalas anda di bawah ini dengan berhemah. Kami akan sedaya upaya untuk membantu.

Terbaru Lebih lama