PERKHIDMATAN KATERING, BUFET DAN IN-HOUSE FUNCTION KUCHING SARAWAK


Raini's Kitchen bermula daripada PPKS MY CAFE pada tahun 2011. Kami mula membuka restoran baru di Plaza Astana, Kuching dan menamakannya Raini's Kitchen pada tahun 2020. 

Kami telah menjalankan perniagaan ini selama 11 tahun. Raini's Kitchen menawarkan katering, bufet dan in-house function. Anda boleh mengadakan majlis hari jadi, doa selamat atau perkahwinan.

Kalau anda tidak tahu nak makan kat mana atau nak makan apa, kami boleh menyediakan tempat dan anda boleh bagitau nak makan apa. Kami juga boleh memberikan cadangan.

Di Raini's Kitchen Plaza Astana, kami menyediakan bufet RM8 dan korang diberikan air kordial secara percuma. Kami mempunyai lebih daripada 16 jenis hidangan.

Kami ada menyediakan ikan terubuk masin yang jarang didapati dan kami tawar dengan harga yang berpatutan.

Antara maklum balas pelanggan mengenai katering kami, mereka mengatakan hidangannya enak dan harga yang kami tawarkan berpatutan.

Kami juga ada menyediakan bufet di Raini's Kitchen di Plaza Astana dan pelanggan kami mengatakan harga yang ditawarkan murah dan berbaloi kerana kami menyajikan hidangan yang banyak.


Anda tidak perlu risau dalam pemilihan makanan. Hasil daripada air tangan tukang masak kami dalam menyediakan ikan terubuk yang tidak terlalu masin dan kami pastikan bekalan ikan sentiasa segar.

Hal ini, membuat ramai pelanggan memberi maklum balas yang baik mengenai hidangan ikan terubuk kami.

Menurut pelanggan lagi, masakan kami lain daripada yang lain kerana air tangan tukang masak kami.

Lokasi kami bertempat di Plaza Astana berhadapan dengan Shell.

Pelanggan kami terdiri daripada jabatan kerajaan dan swasta seperti MARA, MAYBANK dan Sarawak Forestry Corporation. 

Antara pelanggan istimewa yang pernah kami adalah Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi, Hans Isaac, YB Fadillah dan YB Nancy Shukri.

Kepada individu atau kumpulan yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan Raini's Kitchen, boleh hubungi +60168071967 atau anda boleh layari facebook Raini's Kitchen.

Seorang usahawan mestilah tidak mudah putus asa, menepati masa dan mempunyai kesabaran yang tinggi.


[penafian: beloya2u tidak terlibat dalam transaksi]



Catat Ulasan

Nyatakan cadangan, pandangan dan maklumbalas anda di bawah ini dengan berhemah. Kami akan sedaya upaya untuk membantu.

Terbaru Lebih lama