5 KUMPULAN "CONTENT CREATOR" DI SARAWAK DIGABUNGKAN DALAM 1 LAGU RAYA.

5 KUMPULAN "CONTENT CREATOR" DI SARAWAK DIGABUNGKAN DALAM 1 LAGU RAYA.

Kehangatan Hari Raya pastinya dirasai oleh semua yang beragama islam , ditambah pula , di Sarawak , Hari Raya Aidilfitri diraikan dengan meriah kerana kesepakatan & kepelbagaian kaum.

Baru baru ini , 5 kumpulan "Content Creator" di daerah yang berbeza di Sarawak telah bergabung dalam satu Lagu Raya. Pencipta Lagu , Zamri Ali Khan berkata , lagu ini dicipta adalah untuk penyatuan "content creator" di Sarawak , ujarnya.

Bertemakan Genre Joget Kotemporari , Lagu ini juga merupakan julung kalinya lagu raya yang disampaikan oleh 5 kumpulan yang berbeza. Kumpulan yang terlibat adalah , Skalow Studio ( Sharm Kamikaze , Keymint ) , Pakwe Ranger ( RR & Zool ) , Coco Syndicate ( NazzCoco ) , Renzo Studio ( Boy Five O ) , Team Masbro ( Abang Anol ) tidak lupa juga Content Creator Solo Brother Abey

Lagu raya tersebut akan bergema di corong radio yang terlibat & muzik video lagu raya mereka akan diterbitkan 3 Hari Sebelum Hari Raya.

Catat Ulasan

Nyatakan cadangan, pandangan dan maklumbalas anda di bawah ini dengan berhemah. Kami akan sedaya upaya untuk membantu.

Terbaru Lebih lama