HAIZA TERSINGKIR, BOB SEMAKIN TUNJUK 'TARING'

KONSERT minggu ketiga Gegar Vaganza (GV9) Ahad lepas, merupakan perjalanan terakhir bagi Haiza Hasnan apabila beliau tersingkir.

Mendendangkan lagu 'Nang' yang dipopularkan oleh Imam Troye, beliau memperolehi markah sebanyak 53.40%.

Selain Haiza disingkirkan, Shila Amzah berjaya berada di tangga pertama dengan markah 78.80 peratus menerusi lagu Secangkir Madu Merah.

Berada di tangga kedua, Bob Yusof - Zalikha (77.30), Hazrul Nizam - Fatwa Pujangga (71.90), Asheed Def Gab C - Yang Penting Hepi (71.60).

Diikuti Jaclyn Victor - Perawan Atau Janda (71.40), Tomok - Hukum Karma (66.80), Fuad Rahman - Gadis Melayu (65.90), VE - Dari Sinar Mata (61.90).

Seterusnya Dina Nazir - Laksamana Raja Dilaut (61.70),  Pat Candy - Cinta Gila (56.70) dan Tom - Goyang Inul (55.50).

Berada di tempat pertama melayakkan Shila Amzah meraih Anugerah Bintang Memukau Adabi dengan membawa pulang RM1,000 dan produk Adabi RM500.

Anugerah Next Level diraih oleh Fuah Rahman, manakala Tomok mebawa pulang Anugerah Bintang Cuckoo Paling Gempak.

Ini bermakna seramai 11 peserta akan beraksi dalam konsert keempat GV9 menerusi team Aman Di Mata, Damai Di Hati.

11 peserta yang menyahut cabaran ialah Bob Yusof (Sumayyah), Pat Candy (Kembara Di Tanah Gersang), Shila Amzah (Pudar)

Tomok (Kau Yang Satu), Jaclyn Victor (You Raise Me Up), Hazrul Nizam (Ku Mohon), Tom (Hanya Satu).

Dina Nadzir (Mewangi), VE (Kau Segalanya) Dan Asheed Def Gab C (Andai Kau Tahu). - Gagak Di Rimba



Catat Ulasan

Nyatakan cadangan, pandangan dan maklumbalas anda di bawah ini dengan berhemah. Kami akan sedaya upaya untuk membantu.

Terbaru Lebih lama