VLOG KEBOSANAN DI I-CITY SHAH ALAM 2022

Perjalanan dari Muar ke Shah Alam mengambil masa lebih kurang 3 jam menggunakan bas Mayang Sari bermula dari Terminal Bentayan.

Sampai di Shah Alam dan berhenti di terminal seksyen 17. Terminal bas agak teratur dengan kemudahan orang kelainan upaya.

Dari situ, kemudian kami bergerak ke I-CITY menggunakan grab dengan kos RM10.00. Perjalanan lebih kurang 10 minit.

Di i-City, kami menginap di i-Sovo. Bilik studio dengan kos RM167 semalam. Tempahan melalui Agoda.

Puas hati dengan keluasan bilik dan pemandangan menarik dari tingkat atas. Harga berbaloi dengan menilai purata kos penginapan di sekitar i-City.

Masa menunjukkan pukul 12 tengahari. Kami berehat sebentar dan kemudian berjalan kaki menuju ke i-Central melalui Central Work untuk makan tengahari.

Jalan kaki lebih kurang 15 minit. Sepanjang jalan terdapat pelbagai monumen dan robot yang sudah usang dan terbengkalai.

Selesai makan tengahari, kami balik semula ke i-Sovo. Berehat dan menikmati pemandangan dan suasana dari tingkat atas.

November 2016 yang lalu, dengan kos hanya RM70 boleh bermain dengan macam-macam kemudahan yang terdapat di i-City.

Namun, sekarang tidak lagi. Kos untuk mandi Manda RM38/orang, Snow Walk RM45/orang dan lain-lain permainan bermula dari RM3-RM15/orang

Aktiviti mandi Manda bermula pada pukul 11 pagi dan lain-lain aktiviti bermula pada pukul 5 petang.

Setakat ini, saya tidak puas hati dengan aktiviti Snow Walk. Hanya 1 bilik sahaja dibuka. 2 bilik lagi tidak dapat dimasuki. Mungkin masih dalam proses pembaikan.

Rasa tidak berbaloi datang dari jauh akhirnya mendapat pengalaman biasa. Seingat saya, kita boleh bermain dengan kereta ais dan membentuk orang ais di bilik lain

Red Carpet sudah dipindah ke tempat lain dan tempahan dibuat secara berasingan. Red Carpet antara pengalaman yang menyeronokkan untuk dipegi.

Sebelum anda pergi ke i-City, Sila hubungi pihak pengurusan i-City dahulu sebelum pergi ke i-City. Tempah pakej awal sehari melalui apps untuk lebih penjimatan.

Kami merayau kawasan i-City lebih kurang pukul 5.30 petang. Sempat bawa anak-anak bermain dengan keretapi dan beberapa kereta elektrik. Kos lebih kurang RM3 seorang.

Hari Mula gelap dan hujan rintis-rintis. Kami kemudian pergi ke KFC berdekatan untuk makan malam. 

Selepas itu, kami pergi ke Snow Walk dan caj yang dikenakan adalah RM45. Tetapi untuk tempahan dalam lingkungan 5PM-8PM pulangan tunai sebanyak RM5 diberikan.

Maka kos untuk Snow Walk hanya RM40/orang. Tetapi, terpaksa membeli 2 pasang sarung tangan beharga RM10/sepasang. 

Nak tak nak, kena beli sebab risau takut anak-anak tak mampu menahan sejuk dalam ruang Snow Walk.

Selesai Snow Walk. Kita merancang untuk naik Fairis Wheel 🎡. Tetapi hujan mulai lebat. Jam menunjukkan pukul 9.00 malam.

Tidak sempat naik Fairis Wheel sebab dah tutup. Mungkin sebab hujan dan kelihatan beberapa lokasi lain juga sudah ditutup.

Menurut pekerja di sekitar i-City. Kawasan tersebut ditutup pada pukul 12 malam. Tetapi malam ini mengecewakan.

Mungkin i-City sudah lama tidak dibuka kepada pengunjung dan menghadapi cabaran pandemik. Segalanya membosankan.

Diharap pada masa akan datang. i-City dijaga rapi agar tetapi menjadi tarikan pengunjung yang datang ke Shah Alam.

Catat Ulasan

Nyatakan cadangan, pandangan dan maklumbalas anda di bawah ini dengan berhemah. Kami akan sedaya upaya untuk membantu.

Terbaru Lebih lama