MANGSA CEDERA JATUH GAONG JALAN LUNDU BAU SARAWAK

KUCHING: Panggilan kecemasan diterima pada pukul 6.29 pagi 14.09.22 Rabu. Berlaku kemalangan kendiri antara jalan Bau dan Lundu.

Balai Bomba Penyelamat Lundu bergegas ke lokasi kejadian mendapati sebuah kenderaan jatuh dari cerum ketinggian 40 kaki.

Didapati dua mangsa terlibat dalam kemalangan tersebut dan telah keluar dari kenderaan semasa anggota Bomba sampai di lokasi.

Pihak Bomba menggunakan peralatan pengusung menaikkan seorang mangsa yang tercedera di tempat yang selamat.

Manakala, seorang lagi mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan.

Mangsa yang tercedera kemudian dibawa ke Hospital Lundu untuk rawatan susulan.

Mangsa yang terlibat adalah Ezra Ak Sidi 24 Lelaki yang tercedera dan Benedict Ak Larry 20 Lelaki yang tidak ada sebarang kecederaan.

Seramai 6 Anggota Bomba terlibat dalam operasi tersebut yang diketuai oleh PBK II Francis Ak Kotter.

Agensi lain yang terlibat adalah anggota PDRM dan KKM

Orang ramai dinasihatkan lebih berhati-hati melalui jalan yang berlubang dan licin. Cuaca hujan dan panas tidak menentu boleh mengundang kemalangan.

Ingatlah orang-orang yang tersayang 

Catat Ulasan

Nyatakan cadangan, pandangan dan maklumbalas anda di bawah ini dengan berhemah. Kami akan sedaya upaya untuk membantu.

Terbaru Lebih lama