KEMALANGAN MAUT LORI BALAK SIBU SELANGAU

SIBU: Balai Bomba dan Penyelamat menerima panggilan kecemasan kira-kira pada pukul 8.07 malam.

Anggota Bomba kemudian bergegas ke lokasi simpang Bijih Jalan Sibu Selangau dengan kekuatan 6 anggota.

Kemalangan jalan raya melibatkan dua buah kenderaan iaitu lori yang membawa muatan balak dan sebuah proton Wira.

Didapati terdapat seorang mangsa tersepit di tempat duduk pemandu dan kemudian mangsa berjaya dikeluarkan.

Mangsa adalah Joelin Anak Mat lelaki berumur 38 tahun.

Namun begitu, mangsa telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak KKM.

Manakala pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan dan tidak ada di tempat kejadian semasa pihak Bomba tiba di lokasi.

Mayat mangsa telah diserahkan di kepada pihak polis untuk tindakkan selanjutnya.

Pihak Bomba kemudian membuat pembersihan kawasan kemalangan yang membahayakan orang awam.

Orang awam dinasihatkan lebih berhati-hati memandu di waktu malam terutama kawasan jalan raya yang belum sempurna.




Catat Ulasan

Nyatakan cadangan, pandangan dan maklumbalas anda di bawah ini dengan berhemah. Kami akan sedaya upaya untuk membantu.

Terbaru Lebih lama