KEMBARA ANAK SAMURAI MERIAH BERLANGSUNG DI SANTUBONG

kembara anak samurai santubong sarawak

KUCHING: Sekitar majlis "Kembara Anak Samurai di Kampung Santubong" yang berlangsung dengan cukup meriah sekali malam tadi. 

Majlis telah dihadiri oleh Ahli Parlimen Santubong Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar. Turut hadir adalah Prof. Madya Dr. Jeniri Amir. 

Program ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada kepada 13 orang pelajar dari Jepun untuk  belajar dan mengenali budaya, warisan dan sejarah Sarawak. 

Apa yang menariknya kesemua pelajar dari Jepun, fasih dalam Bahasa Malaysia.

Majlis malam tadi turut dimeriahkan dengan beberapa aktiviti dan persembahan yang menarik seperti cabutan tiket bertuah,  persembahan pencak silat, tarian Puteri Gunung Santubong, tarian ngajat, gendang Melayu Sarawak dan juga persembahan istimewa daripada 13 pelajar dari Jepun tersebut seperti deklamasi puisi dan nyanyian.

kembara anak samurai santubong sarawak

Dalam program tersebut,  Datok Seri Wan Junaidi memberi dana kepada beberapa NGO Kampung Santubong.

Cabutan bertuah berupa TV, kipas, basikal dan hamper dimenangi oleh orang kampung yang hadir pada program tersebut.

kembara anak samurai santubong sarawak

Program berakhir dengan pertukaran cenderahati dari 13 pelajar dari Jepun dengan Tetamu kehormat.

Catat Ulasan

Nyatakan cadangan, pandangan dan maklumbalas anda di bawah ini dengan berhemah. Kami akan sedaya upaya untuk membantu.

Terbaru Lebih lama