10,000 WARGA LUNDU HADIRI KONSERT RAKYAT DI WATERFRONT LUNDU

LUNDU: Kira-kira 10,000 warga Lundu hadir di Watefront  Lundu malam ini bagi menyaksikan konsert rakyat sempena Pesta Regatta Batang Kayan 2022.

Turut hadir menyaksikan konsert tersebut adalah Setiusaha Politik Ahli Parlimen P193 Santubong Datuk Seri Syed Hamzah Al yahya. 

Penonton yang hadir malam ini dihiburkan oleh artis-artis seperti Iwan Haji Dasri, penyanyi terbilang iban Ricky El dan Top 3 pemenang pertandingan karaoke. 

Turut membuat persembahan adalah penyanyi lagenda Jay-Jay dari kumpulan Carefree yang memeriahkan lagi program tersebut.

Selain persembahan nyanyian, penonton yang hadir malam ini juga disajikan dengan cabutan tiket bertuah. 

Di penghujung konsert Datuk Seri Syed Hamzah yang mewakili Ahli Parlimen P193 Santubong berbesar hati membuat dua cabutan  bertuah utama.

Sekaligus menyampaikan hadiah kepada pemenang,  iaitu sebuah smart TV 42" dan sebuah motosikal jenama modenas 110CC.

Turut hadir dalam acara tersebut Pegawai Penerangan Daerah Lundu Puan Juliana Abdullah dan Timbalan Setiausaha Pejabat Daerah Lundu En Ong Chin Ping.

Catat Ulasan

Nyatakan cadangan, pandangan dan maklumbalas anda di bawah ini dengan berhemah. Kami akan sedaya upaya untuk membantu.

Terbaru Lebih lama