Home BESUSEY SEJARAH CUKAI DAN KUASA SYARIKAT
BESUSEYRICH DAD POOR DAD

SEJARAH CUKAI DAN KUASA SYARIKAT

Share
Share
Artikel Kali ini mengulas buku RICH DAD POOR DAD pelajaran 4 atau bab ke 4. Menerangkan mengenai cukai dan kelebihan perniagaan yang mempunyai lesen.
 
Untuk memahami artikel ini. Anda harus membaca artikel yang diterbitkan sebelum ini. Artikel tersebut adalah:

 

MEMAHAMI CUKAI DAN KELEBIHAN MENDAFTAR PERNIAGAAN

Cerita Robin Hood adalah cerita yang direka untuk meningkatkan sentimen masyarakat menerima pemotongan cukai.
 
Mengambil duit orang kaya dan diberikan kepada orang miskin. Tetapi adakah perkara ini berlaku? Apa pendapat anda?
 
Kita ambil kisah di England. Cukai Mula diwajibkan kepada rakyatnya pada tahun 1874 Manakala Amerika bermula pada tahun 1913.
 
Tahukah anda, bahawa Amerika memerlukan 50 tahun untuk melaksanakan cukai pendapatan secara menyeluruh.
Seperti yang diberitahu di atas, idea cukai adalah untuk mengambil wang dari orang kaya untuk diberikan kepada orang miskin.
 
Pada ketika itu orang kaya dilihat jahat oleh orang miskin kerana menindas. Manakala orang kaya melihat orang miskin sebagai orang yang malas dan meminta-minta.
 
Apabila kerajaan mereka mengutip cukai. Banyak dana dapat dikumpulkan. Kerajaan mula menjadi tamak dan meluaskan lagi skop percukaian.
 
Akhirnya, cukai bukan sahaja dikenakan ke atas golongan kaya tetapi juga golongan pertengahan dan bawahan.
Untuk melaksanakan cukai ke atas rakyat Amerika. Sentimen Robin Hood terus dimainkan bagi mendapat persetujuan masyarakat Amerika.
 
Kaedah ini untuk mengelak rakyatnya memberontak seperti yang terjadi ketika cukai teh dilaksanakan. Dari situ tercetus perang revolusi.
 
Seperti dalam banyak keadaan. Orang kaya bijak mengambil peluang untuk tidak mengikat mereka dalam peraturan yang dikenakan oleh kerajaan.
 
Antara taktik mereka adalah dengan menubuhkan perniagaan yang berlesen dan sah di sisi undang-undang.
Tahukah anda orang yang bekerja menerima gaji. Kemudian membayar cukai pendapatan dan selepas itu, barulah boleh berbelanja dari baki tersebut.
 
Semasa berbelanja mereka juga dikenakan cukai yang diserap oleh peniaga di dalam produk dan perkhidmatan mereka. Cukai yang tidak nampak.
 
Pendapatan dan perolehan orang kaya tidak berubah kerana marjin keuntungan sudah di atur sejak awal. Harga Barang termasuk cukai dan kos-kos lain.

Gambarajah di bawah menerangkan aliran tunai 2 golongan berbeza

 

SEJARAH CUKAI DAN KUASA SYARIKAT

Golongan kaya berbeza dari golongan kebanyakkan. Orang kaya menerima wang dan kemudian berbelanja. Mereka hanya membayar cukai dari baki tersebut.
 
Ini kerana golongan kaya memahami pengurusan kewangan berbanding golongan kebanyakkan yang hanya terus menyerah sebahagian pendapatan mereka.
 
Golongan kaya melindungi harta mereka dengan syarikat yang berlesen. Cukai yang dikenakan jauh lebih rendah berbanding cukai yang dikenakan ke atas individu.
Pentingnya mempunyai ilmu undang-undang percukaian atau kita terpaksa membayarnya dengan mahal.
 
Artikel seterusnya kami akan membahas ilmu Financial IQ. Dengan ilmu ini, anda akan memahami ilmu kebebasan kewangan.
 
Tidak perlu risau soal berbelanja kerana wang bekerja keras untuk menghasilkan pendapatan untuk anda.
 
 
ORANG KAYA TIDAK BEKERJA UNTUK WANG
Buku Rich Dad Poor Dad edisi Bahasa Melayu
Share

Leave a comment

Leave a Reply

Related Articles
BELOYA2UBESUSEYSARAWAK

Sarawak Sebagai Contoh Terbaik Masyarakat Majmuk Malaysia

29 Jun 2026 – Sarawak merupakan negeri terbesar di Malaysia yang terkenal...

BELOYA2UBESUSEYSARAWAK

Resipi Tradisional Bidayuh: Warisan Gastronomi Sarawak

29 Jun 2026 – Masyarakat Bidayuh merupakan salah satu etnik utama di...

BELOYA2UBESUSEYDUNIA

Kisah Keberanian Syarif Masahor dalam Menentang Rajah Putih

29 Jun 2026 – Syarif Masahor merupakan antara tokoh tempatan yang paling...

BELOYA2UBESUSEYKEMAHIRAN

Seni dan Kraf Tradisional yang Menjadi Kebanggaan Sarawak

25 Jun 2026 – Sarawak dikenali sebagai Bumi Kenyalang yang merupakan bukan...