VLOG SUASANA DAN PENGALAMAN DI PEKAN KAPIT



Pekan Kapit terletak lebih kurang 524 KM Dari Bandaraya Kuching. Mengambil masa lebih 9 jam dengan mengambil kira singgah 10 minit beberapa tempat untuk makan Dan berehat.

Perjalanan kali ini bertujuan melaksanakan program Pemasaran Digital untuk Usahawan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat NEGERI Sarawak.

Terdapat beberapa lokasi untuk BERHENTI rehat. Seperti Serian, simpang Sri Aman, Betong, Saratok Sibu dan boleh juga masuk ke pekan Song.

Kami bergerak Dari Kuching kira-kira jam 12 tengah hari Ahad dan singgah di beberapa tempat untuk makan tengahari Dan berehat. Antaranya di Serian Dan hentian rehat pinggiran jalan.

Sampai di Kapit lebih kurang pukul 7.30 malam. Ini merupakan pengalaman pertama saya menjejak kaki di Kapit. Boleh saya katakan Pekan Kapit pesat membangun.

Malam ini, kami menginap di Hotel Meligai. Kos semalam lebih kurang RM150. Keadaan hotel agak selesa. Saya bagi 2.5 bintang. 

Kemudian kami berjumpa dengan pegawai JKMS untuk bersuai kenal.

Sesuatu yang MENGEJUTKAN kami mengenai Kapit selepas berjumpa dengan Pegawai tersebut.

Kalau nak beli minyak. Anda kena beli awal. Sebelum 6 pagi anda sudah berada di stesen minyak ATAU anda terpaksa berbaris panjang.

Kebarangkalian minyak habis juga tinggi. Ini kerana kebanyakkan penduduk sekitar terpaksa membeli bergelen-gelen minyak disebabkan oleh jarak kediaman Dan Pekan Kapit jauh.

Suasana pagi di Kapit agak sibuk Dan berlaku kesesakkan lalu lintas kerana ketika itu penduduk membeli keperluan harian, menghantar Anak sekolah Dan ke tempat kerja.

Kesibukkan ini bermula pada pukul 6 pagi. Pernah terjadi kemalangan di tengah-tengah kesesakkan sehingga mangsa cedera tidak sempat sampai ke hospital.

Disebabkan itu, mangsa meninggal Dunia dalam perjalanan ke hospital.

Pagi Isnin. Kami bergerak seawal 6.00 pagi. Perkara pertama yang harus dilakukan adalah mengisi minyak.

Selepas itu, pergi tempat yang wajib bagi yang datang ke Kapit. Iaitu Gelanggan Kenyalang dan menikmati roti canai goreng Kapit yang paling viral dan sedap.

Selesai aktiviti tersebut. Kami bergerak ke bangunan kerajaan lebih kurang pukul 7.30 pagi.

Program 1 hari memfokuskan Fotografi, Rekaan grafik Dan Live Streaming. Dengan jumlah peserta sebanyak 20 orang.

Umur peserta lebih kurang 28 tahun hingga 55 tahun. Penceramah sepanjang hari tersebut dibuat oleh En Khalifah Khalik Dan dibantu oleh En Hadi FRD.

Selesai program pada pukul 5 petang. Kami TERUS bergerak ke Kuching. Walaupun penat, kami terpaksa balik kerana banyak tugasan menunggu di Kuching.

Sampai di Kuching  lebih kurang jam 3 pagi. Sepanjang perjalanan kami di iringi hujan Dan hanya singgah di Saratok untuk makan malam.

Kepada traveler. Saya nasihatkan anda untuk tidak begerak malam jika sebelah siang anda menggunakan tenaga penuh.

Anda akan berlawan dengan rasa mengantuk Dan ini akan membahayakan DIRI anda Dan pemandu lain.

Semoga Usahawan Kapit berjaya dalam bidang perniagaan yang mereka pilih. Keberanian, kesungguhan dan percaya diri mampu mengerakkan mereka lebih jauh.

Catat Ulasan

Nyatakan cadangan, pandangan dan maklumbalas anda di bawah ini dengan berhemah. Kami akan sedaya upaya untuk membantu.

Terbaru Lebih lama