6 TIPS MUDAH MENGHASILKAN IKLAN DIGITAL KREATIF + BONUS TIPS

 Apa Khabar pembaca beloya2u. Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini. Banyak Usahawan mula menjcari jalan bagi mengurangkan kos dan menaikkan jualan serta keuntungan. Tiada jalan lain melainkan menambah kemahiran bagi menghasilkan aktiviti yang lebih produktif. 

DALAM ARTIKEL KALI INI SAYA AKAN BERKONGSI 6 TIPS MUDAH MENGHASILKAN IKLAN DIGITAL KREATIF


GUNA FONT YANG JELAS

Font memainkan peranan penting dalam menyampaikan maklumat. Jangan menggunakan font yang terlalu sukar untuk dibaca. Saiz font yang terlalu tebal atau nipis. Yang terlalu besar atau terlalu kecil. Suaikan jenis Font dengan mesej yang hendak disampaikan.


TEKS RINGKAS DAN PADAT

Jangan terlalu melemparkan banyak perkataan pada gambar iklan. Gunakan perkataan yang ringkas. Pengguna internet hanya mengambil masa kurang 5 saat untuk mengimbas gambar iklan anda. Dengan imbasan sahaja mereka sudah memahami apakah yang hendak disampaikan oleh iklan yang anda buat. Kebanyakkan pengguna internet tidak membaca tetapi mereka hanya mengimbas sebelum mereka pergi lebih mendalam lagi tentang iklan anda.


SUSUN ATUR HEARARKI MATA

Di dalam gambar iklan terdapat beberapa elemen yang biasa di masukkan iaitu teks, gambar dan rekabentuk grafik seperti ikon. Bahagian manakah yang anda ingin pengguna lihat terlebih dahulu hendaklah lebih kontras dan kemudian bahagian selanjutkan kurangkan kontras. Kebiasaannya pengguna internet akan lebih nampak gambar dahulu dan selepas itu perkataan. Melainkan perkataan tersebut besar, jelas, ringkas dan padat.


WARNA YANG SEIMBANG

Warna memainkan peranan penting menghasilkan iklan yang menarik. Jangan terlalu menggunakan banyak warna kecuali mesej iklan anda adalah bertujuan untuk menunjukan kepelbagaian. Kebanyakkan iklan kita lebih kepada menyampaikan mesej. Oleh sebab itu jangan terlalu banyak menggunakan warna sehingga mata pengguna sukar dan keliru untuk mengimbas iklan anda.


GAMBAR DAPAT BERNAFAS

Bahagian ini sering dilanggar oleh pereka grafik iklan. Terlalu banyak memasukkan perkataan pada gambar iklan. Percayalah bahawa hampir 99% pengguna internet tidak membaca ayat-ayat yang panjang dalam iklan anda. Jangan terlalu banyak meletakkan gambar. Beri ruang dalam gambar iklan supaya lebih nampak kemas, bersih dan sedap mata memandang.


IKONIK ANEH PUKAU

Bahagian ini mungkin agak sukar dan ianya merupakan pilihan. Letakkan gambar atau perkataan yang viral atau trending. Gambar yang trending seperti kucing yang comel sedang marah atau kek yang menangis atau sesuatu yang menyebabkan orang memandang gambar iklan lebih 2 kali.


MEMANDANG IKLAN KREATIF

Bahagian yang jarang diberi maklum tenaga pengajar kepada peserta yang mengikuti program rekaan grafik. Untuk menghasilkan grafik atau gambar iklan yang menarik. Anda perlu inspirasi dan untuk mendapatkan inspirasi tersebut. Anda perlu banyak melihat gambar iklan kreatif. Bukan sahaja anda melihat tetapi membaca susunan ayat iklan, gambar dan rekabentuknya. Dari situ anda akan melahirkan idea untuk rekaan iklan anda.





Catat Ulasan

0 Ulasan