LESAP LAGI RM12,000 DUIT SIMPANAN

Lesap pada pada pukul 4 pagi. Isu ini menyebabkan kegusaran orang ramai dengan keselamatan transaksi bank.

kredit: Malaysia dateline

Kes lain sebelum ini adalah kes 11,000 pemegang akaun CIMB belum selesai sehingga melibatkan akaun penerimaan gaji.

Manakala terdapat kes kehilangan RM163,000 melibatkan 4 akaun berasingan iaitu Public Bank, CIMB, Maybank dan Bank Rakyat.



Manakala kes melibat seorang doktor hilang sebanyak RM13,000. Individu bernama Dr Rafidah yang melibatkan 3 kali transaksi di CIMB Bank.

Kebanyakkan mereka tidak mendapat notifikasi apabila tunai akaun mereka dipotong atau dikeluarkan.

Kes kehilangan RM12,000 dikongsikan oleh individu bernama Ummar yang hilang dalam satu transaksi.

"RM12,000 duit saya hilang dari akaun Maybank. Pergi buat laporan di Maybank. Mereka kata ada membuat belian menggunakan Kad Debit dari eropah.

Transaksi berlaku pada pukul 4 pagi dan persoalannya, saya had kad debit hanya RM5,000 sahaja.

Bagaimana transaksi 12,000 boleh lepas dengan hanya sekali transaksi sahaja." rungutnya.

"Saya tak hidupkan pun transaksi untuk luar negara sebab sekarang saya ada di Malaysia. Beli tiket wayang pun ada notifikasi.

Kad ATM pun elok je kat saya ni. Macam mana Maybank boleh lepaskan payment yang banyak tanpa notifikasi kepada pelanggan.

Sedangkan kalau saya nak gunakan kat luar negara pun selalu decline je." Sambung beliau.

Menurut beliau, setakat ini Maybank dapat memulangkan tunai dalam tempoh 45 hari tetapi tiada jaminan.



Catat Ulasan

Nyatakan cadangan, pandangan dan maklumbalas anda di bawah ini dengan berhemah. Kami akan sedaya upaya untuk membantu.

Terbaru Lebih lama