SARAWAK KE ARAH PENERBANGAN ANTARABANGSA


KUCHING: Mendengar usaha seperti ini bagai sinar baru dalam industri pelancongan Sarawak yang agak jauh berbeza dengan Sabah.

Menurut Menteri Pelancongan, industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman.

Beliau percaya bahawa pelancong tidak mahu berbelanja terlalu banyak dan memutuskan untuk tidak datang ke Sarawak.

"Apabila sempadan antarabangsa dibuka. Kita amat menanti penerbangan terus dari Pontianak ke Lapangan Terbang Kuching"

"Pada masa sekarang, kita sudah dapat melihat kenderaan dari Kalimantan berada di atas jalan raya kita"

"Kita akan sedaya upaya mendapatkan sebanyak mungkin penerbangan terus ke Sarawak" katanya dalam sidang media pelancaran kempen pelancongan di Sarawak."

"Tidak lama lagi Festival Jazz akan diadakan di Kuching dan program ini akan menarik ramai masyarakat antarabangsa untuk berkunjung di Sarawak" katanya lagi.

kredit: utusan Borneo online

Usaha ini amat dinantikan rakyat Sarawak untuk meningkatkan lagi aktiviti dalam sektor pelancongan.

Sarawak tidak kurang hebatnya dari Sabah. Banyak tempat menarik yang boleh dikunjungi.

Usaha ini bukan sahaja melibatkan sebelah pihak, tetapi memerlukan sokongan masyarakat, khasnya badan bukan kerajaan yang bergiat aktif dalam industri pelancongan.

Bersama kita menjaga kebersihan alam sekitar yang juga merupakan aset penting dalam industri pelancongan.




Catat Ulasan

Nyatakan cadangan, pandangan dan maklumbalas anda di bawah ini dengan berhemah. Kami akan sedaya upaya untuk membantu.

Terbaru Lebih lama