KEMALANGAN DI SUNGAI JAONG SANTUBONG KUCHING SARAWAK

Kuching: Kemalangan melibatkan dua buah kenderaan iaitu jenis Produa Kancil dan Proton Saga di Sungai Jaong Santubong Sarawak.

Terdapat seorang mangsa iaitu seorang lelaki berumur 20 tahun tersepit di tempat duduk pemandu. Pasukan penyelamat menggunakan peralatan khas dalam usaha mengeluarkan mangsa. 

Manakala pemandu kenderaan Proton Saga, seorang  lelaki, 22 tahun keluar dari kenderaan sebelum pihak bomba tiba dilokasi. Kedua-dua mangsa diserahkan kepada pihak ambulan untuk tindakan selanjutnya.

Pihak Bomba turut dibantu oleh seorang dokter off duty yang kebetulan berada di tempat kejadian.

Mangsa yang tersepit Mohammad Haziq Hizami bin Hasbi 20 tahun dihantar ke hospital dan disahkan meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak.

Takziah kepada keluarga mangsa. Semoga beliau ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.


1 Ulasan

Nyatakan cadangan, pandangan dan maklumbalas anda di bawah ini dengan berhemah. Kami akan sedaya upaya untuk membantu.

Terbaru Lebih lama