7 CARA MENINGKATKAN JUALAN MELALUI DIGITAL

7 CARA MENINGKATKANJUALAN DIGITAL


AKTIVITI DIGITAL UNTUK MENGUKUHKAN PERNIAGAAN DAN MENAMBAH JUALAN

Usahawan hari ini berhadapan dengan ekonomi yang mencabar dengan kos bahan mentah semakin meningkat dan persaingan yang semakin tinggi. Mereka berusaha meningkatkan jualan untuk menambah pendapatan.

Namun begitu, Meningkatkan jualan belum tentu akan meningkatkan pendapatan jika kos pengurusan atau operasi tidak dikawal atau dirancang.

Dalam artikel ini saya berkongsi 7 cara untuk meningkatkan jualan melalut platform digital yang boleh membantu Usahawan mengukuhkan kelangsungan perniagaan.


TINGKAT DAN KUKUHKAN JENAMA

mencipta testimoni pelanggan

Biasa menggunakan logo atau perkataan atau bentuk yang menunjukkan identiti perniagaan kita. Jenama amat membantu mendapatkan kepercayaan pengguna. Apabila jenama dipercayai pengguna maka ianya akan memudahkan anda membuat transaksi perniagaan.

Kita ambil contoh KFC atau MCD. Kebanyakkan orang membeli tanpa bertanya. Mereka yakin dengan jenama tersebut.

Dengan hanya menggunakan jenama sahaja kita tidak perlu cerita panjang lebar. Pengguna terus membeli tanpa bertanya kerana mereka yakin dengan produk dan perkhidmatan.

Pastikan anda mempunyai jenama reka bentuk logo yang mudah atau perkataan yang ringkas. Yang senang di ingati. Kebiasaannya, logo tidak lebih dari 3 warna dan rekaan tidak kompleks. Manakala perkataan dengan 3 bunyi. Lagi pendek lagi bagus dan pastikan mempunyai makna.

Kuatkan jenama anda dengan meletakkan lambang anda di mana sahaja yang mudah dilihat oleh bakal pengguna anda.


MEDIA SOSIAL SEBAGAI PORTFOLIO PERNIAGAAN

Terdiri daripada teks, gambar dan video. Untuk akaun Facebook perniagaan. Anda perlu menyediakan Facebook page sebagai medium untuk menyampaikan maklumat dan juga menunjukkan aktiviti perniagaan anda. Jangan lupa untuk membuat livestream dan jangan bimbang dengan jumlah penonton.

Kebanyakkan usahawan menghadapi masalah untuk kemaskini posting perniagaan mereka di Facebook Page. Disebabkan itu, gunakan sistem jadual yang terdapat di dalam Facebook Page. Sistem posting berjadual atau schedule post boleh di ekses menggunakan Creator Studio atau aplikasi Facebook Business Suites. 

Bahagian Facebook page paling penting anda harus lengkapkan adalah Facebook Page Info terutama bahagian description dan username yang akan memberi impak carian pengguna di enjin carian Google. Info lain seperti waktu operasi, alamat premis, no telefon, email dan whatsapp juga perlu dimasukkan bagi memudahkan pelanggan menghubungi kita.

Dengan facebook page anda boleh menggunakan Facebook Ads untuk mendapatkan pelanggan yang tersasar berdasarkan umur, jantina, geografi dan kecenderungan.

Bahagian ini penting sebagai portfolio perniagaan. Selain Facebook page. Anda juga boleh menggunakan Intagram, Tiktok dan Youtube sebagai medium informasi perniagaan anda.

Apabila memasukkan gambar. Gunakan Album untuk memudahkan rujukan pada akan datang dan untuk video atau live stream gunakan playslist bagi memudahkan carian pengguna serta recall informasi aktiviti perniagaan.

Kata kuncinya adalah. Sentiasa membuat posting aktiviti anda setiap hari agar pengguna tahu perniagaan anda belum ditutup. 

Jangan terlalu memberatkan idea anda untuk membuat posting. Memberitahu cuaca sekitar premis atau kawasan anda dengan disertakan gambar produk anda pun sudah memadai.


WEBSITE IMEJ PROFESSIONAL PERNIAGAAN

Terdiri daripada beberapa jenis iaitu blog, e-dagang, laman koperat dan surat jualan. Bagi usahawan yang berniat untuk membuat jualan secara automasi. Digalakkan menggunakan laman sesawang dalam bentuk surat jualan. Untuk surat jualan anda boleh rujuk kepada orang yang pakar iaitu Cikgu Ali Hanafiah pakar copywriting. Search di Google atau Facebook.

Jika anda sudah mempunyai website surat jualan. Bukanlah bererti anda terus boleh membuat jualan. Tetapi anda perlu menarik trafik ke laman tersebut menggunakan iklan berbayar facebook dan google. Antara pengalaman usahawan yang pernah saya jumpa. Mereka berbelanja untuk membuat iklan sehingga RM7,000 sebulan untuk menhasilkan jualan sehingga RM80,000 sebulan. Kena pandai mengira Return Of Investment (ROI).

Antara yang menarik perhatian saya adalah laman web berbentuk blog yang menyalurkan informasi kepada pelanggan. Antara informasi adalah seperti tutorial menggunakan produk, tips menarik berkaitan dengan perkhidmatan dan apa sahaja maklumat yang dapat membantu pelanggan berkaitan dengan produk dan perkhidmatan yang disediakan. Blog juga boleh dijadikan sebagai portfolio usahawan untuk rujukan pelanggan atau agensi bagi meningkatkan keyakinan mereka dengan aktiviti perniagaan kita.

Klik [SINI] untuk belajar bagaimana membuat artikel di blog. Anda boleh membuat blog percuma dengan menggunakan blogger. www.beloya2u.com menggunakan blogger sebagai platform laman sesawang.



MENINGKATKAN BOLEH CARIAN PERNIAGAAN MELALUI GOOGLE MAPS
google maps

level tertinggi untuk local SEO dan digalakkan usahawan yang mempunyai kedai atau premis berdaftar dengan Google Maps yang dulunya dikenali sebagai Google My Business.

Proses pendaftaran ini mudah apabila identiti email anda sudah di sahkan setelah anda menerima poskad google atau anda boleh meminta individu yang sudah di sahkan identitinya untuk membuat tanda lokasi premis anda di Google Maps.

Pastikan anda melengkapkan infomasi perniagaan anda di dalam google maps bagi memudahkan carian pelanggan di google search berkaitan dengan produk dan perkhidmatan anda.


SASARAN PELANGGAN MENINGKAT KOS JUALAN MENGURANGKAN KOS PEMASARAN

Akan menentukan keberkesanan jualan. Cuba menjual kepada pelanggan yang salah akan membazir masa dan modal.

Bagaimana mengenalpasti pelanggan? Bahagian ini memerlukan anda memahami produk dan perkhidmatan anda. Apakah masalah yang diselesaikan dengan produk dan perkhidmatan anda. Apabila anda memahami bahagian ini. Maka anda akan nampak siapakah pelanggan anda dari segi umur, jantina, kecenderungan, kumpulan atau aktiviti mereka.

Data ini akan membantu anda membuat sasaran yang tepat apabila anda mengaktifkan iklan berbayar Facebook dan google.


MENGHARGAI PELANGGAN MELALUI DATA PELANGGAN

Mencipta pelanggan baru pada pendapat saya mudah tetapi untuk mengekalkan pelanggan sedia ada jauh lebih susah. Disebabkan itu, anda perlu menyediakan metoda yang boleh menyebabkan pelanggan anda kembali kepada anda.

Antaranya adalah menyediakan kad ahli atau nombor ahli dalam bentuk digital atau diskaun untuk belian kali ke 2 atau ke 3 atau seterusnya. Selain itu, anda boleh menyalurkan informasi melalui whatsapp kepada pelanggan yang pernah membeli produk atau perkhidmatan anda.

Bahagian ini hanya dapat dilakukan jika anda menyimpan data pelanggan anda. Terdapat dua data penting iaitu nama dan no telefon. Data lain yang boleh anda masukkan adalah seperti tujuan penggunaan produk dan perkhidmatan, umur, pekerjaan dan pelbagai lagi yang boleh membantu anda membantu menyelesaikan masalah yang di hadapi oleh pelanggan.

Anda boleh menggunakan Google Form untuk menyimpan data pelanggan. Terdapat banyak kelebihan Google Form dan yang penting. Ianya PERCUMA.


MEMBINA TESTIMONI MENINGKAT KEPERCAYAAN PELANGGAN DENGAN PRODUK DAN PERKHIDMATAN

membina testimoni

Kebanyakkan testimoni adalah adalam bentuk perkataan. Anda boleh menyediakan testimoni dalam bentuk grafik sebelum dan selepas. Dalam bentuk aktiviti yang dijalankan dan dalam bentuk video.

Testimoni membantu pelanggan memahami produk dan perkhidmatan anda. Simpan gambar testimoni di dalam satu album di facebook agar mudah untuk anda membuat carian.

Selain itu, di dalam facebook page dan google maps mempunyai bahagian review yang boleh di isi oleh pelanggan sebagai sebahagian daripada testimoni yang boleh di lihat umum. Anda boleh menghubungi pelanggan semula dan meminta mereka untuk 



Catat Ulasan

Nyatakan cadangan, pandangan dan maklumbalas anda di bawah ini dengan berhemah. Kami akan sedaya upaya untuk membantu.

Terbaru Lebih lama