INI SEBAB MENGAPA EMPESUT TIDAK BOLEH DILEPAS BILA TERSANGKUT JARING

ikan lumba-lumba Sarawak

IKAN LUMBA-LUMBA BAHAYA APABILA INI TERJADI


Ini adalah cerita kedai kopi. Perkongsian pengalaman sesetengah komuniti mengenai empesut atau dikenali sebagai dolphin atau ikan lumba-lumba.

Di Sarawak terdapat 4 spesis ikan lumba-lumba iaitu Irrawaddy Dolphin, Indo-Pacific humpbacked dolphin, Finless porpoise dan Spinner dolphin. Terdapat satu spesis ikan lumba-lumba bewarna merah jambu.

Kebiasaannya orang tempatan tidak gemar untuk makan ikan empesut. Kerana kebijaksanaannya serta kebaikan ikan tersebut yang banyak membantu manusia terutama nelayan di sekitar laut cetek.

Dalam keadaan tertentu ada juga yang makan ikan ini atas sebab yang tidak dapat di elakkan. Tidak dapat dipastikan mungkin juga ada yang gemar makan Empesut.


pesisir pantai santubong


Untuk pengetahuan anda. Empesut adalah kategori ikan lumba-lumba yang biasa di temui di sekitar pesisir pantai santubong dan ianya salah satu faktor utama tarikan pelancong di sekitar Santubong Sarawak.

Nak dijadikan cerita. Sekumpulan nelayan mengelak daripada menangkap empesut melainkan ikan ini tersangkut di jaring. Mungkin mereka mempunyai pengalaman menghadapi empesut apabila melekat di jaring ikan.

Mungkin ramai antara kita berfikir bahawa empesut lemah lembut dan baik kepada manusia. Tetapi sisi gelap empesut adalah menyerang melalui cara melanggar mangsa dengan kelajuan tinggi. 


ikan yu takut ikan lumba-lumba



Ikan Yu ganas juga takut dengan empesut kerana empesut mampu membunuh spesis ini. 

Dikatakan empesut boleh membunuh Ikan Yu dengan melanggar bahagian badan paling lemah ikan Yu. Yang akan merosakkan organ dan akhirnya membawa kepada kematian.

Serangan Empesut terhadap manusia tidak pernah kita dengar. Ada pun terjadi, pasti kes terpencil.

Seperti yang diberitahu nelayan. Apabila empesut terperangkap di jaring. Mereka tidak akan melepaskan Empesut kerana dikhuatiri Empesut akan menyerang bot nelayan.


ikan lumba-lumba langgar kapal



Dikatakan jika Empesut dilepaskan. Maka Empesut akan memanggil kawanan empesut lain untuk melanggar bot nelayan sehingga karam. Berapa lama tempoh atau berapa jumlah atau berapa kerap hentaman menyebabkan karam tidak diberitahu.

Disebabkan itu, empesut untuk komuniti tertentu. Apabila melekat di jaring. Tidak akan dilepaskan dan akan dibawa balik untuk dijual atau dimakan.

Mungkin anda bersimpati dengan ikan lumba-lumba dijadikan makanan kepada manusia. Tetapi ini adalah hakikat kisah empesut bersama manusia.
 
Kalau ditanya. Apakah rasa daging empesut? Rasanya seperti daging ikan biasa.

Apa pendapat anda? Sila tinggalkan komen.







Catat Ulasan

Nyatakan cadangan, pandangan dan maklumbalas anda di bawah ini dengan berhemah. Kami akan sedaya upaya untuk membantu.

Terbaru Lebih lama