DIGANGGU MAKHLUK HALUS DI LAMBIR SARAWAK SIRI 1


KISAH SERAM DIGANGGU SEMASA PERJALANAN DARI BINTULU KE MIRI


Kisah ini berlaku dalam tahun 2011 perjalanan dari Kuching Sarawak bermula pada pukul 5 pagi. 

Perjalanan yang tidak disangka akan membawa pengalaman yang tidak akan pernah dilupakan. Cerita ini tidak pernah dikongsi melalui media Digital.

Seperti biasa pada pukul 4 pagi sudah mula menyimpan keperluan di dalam beg galas. 

Perjalanan kali ini akan mengambil masa yang panjang dan berada di miri 3 malam untuk mengikuti program e-dagang yang dianjurkan oleh agensi.

Dengar cerita program ini akan dibuat di kawasan pedalaman sekitar Miri. 

Dalam kepala, aku bingung memikirkan bagaimana talian internet kalau aktiviti dijalankan di kawasan pedalaman dan dengar cerita kawasan tersebut dikelilingi gunung ganang. 

Aku tidak pernah sampai di tempat tersebut berdasarkan alamat dalam surat jemputan.

Sambil aku menyimpan barang dalam beg. Aku melihat kabus tebal di luar jendela. Kebiasaannya kalau kabus tebal petanda hari akan cerah dan panas.

Kebiasanya macam tu lah. Kalau hujan, itu luar biasa. Memikirkan perjalanan yang jaoh hanya berbekalkan duit yang cukup makan. Risau pulak rasa hati. Tawakal je lah.

Selesai solat subuh kedengaran bunyi enjin kereta di hadapan rumah. Aku menutup suis utama elektrik, melangkah keluar dan mengunci pintu serta pagar rumah. 

Dengan semangat aku masuk ke dalam kereta. "Assalamualaikum bang, minyak dah isi dan tayar dah cek ke belum?" spontan aku bertanya.

Abang Hamden tersenyum dan membalas "Semua ok. Sarapan je belum ni."

"Kalau macamtu, kita teruskan sahaja perjalanan. Sampai Serian nanti kita sarapan." sambil aku menekan telefon bimbit untuk menggunakan google maps.

Sepanjang perjalanan. Kami banyak berbincang mengenai peluang-peluang perniagaan yang boleh dibuat dan sedikit menyentuh isu semasa serta sentimen pasaran ke arah dunia digital. Sesampainya di Serian. 

Kami singgah di kedai makan yang kebiasaannya menjadi tumpuan pengembara perjalanan jarak jauh. Jarak perjalanan dari Kuching Serian lebih kurang mengambil masa 1 jam 30 minit. 

Dari Serian terus gerak ke Bintulu yang melalui pekan kecil dan bandar utama seperti Sri Aman, Betong, Saratok, Sarikei, Sibu dan Mukah.

Kami sampai di bandar Bintulu lebih kurang pukul 7 malam. Kami singgah di beberapa tempat untuk makan dan minum bagi melawan rasa penat serta mengantuk. 

Sampai di Bintulu, kami singgah makan sebelum meneruskan perjalanan ke Miri yang akan mengambil masa lebih kurang 3 jam.

Menurut Abang Hamden. Lokasi program adalah kawasan sebelum ke Bandar Miri. Tetapi untuk malam ini. 

Kita menginap dahulu di Bandar Miri kerana kawasan program terlalu gelap untuk dilalui terutama di waktu malam.

Sepanjang perjalanan di Miri. Tiba-tiba Abang Hamden berkongsi cerita pengalaman dia dalam ilmu pengobatan menghadapi makhluk halus. 

Sebelum tu, semasa di Bintulu Abang Hamden meminta aku jadi pemandu untuk perjalanan dari Bintulu ke Miri kerana dia berasa penat dan sakit belakang. 

Aku tak ada masalah nak memandu walaupun tak berapa tahu jalan ke Miri.

Sepanjang perjalanan. Aku dan Abang Hamden berkongsi cerita pengalaman kisah-kisah menghadapi alam lain yang dipercayai sebagai alam jin. 

Jin tidak akan mampu berbuat apa-apa melainkan dengan izin Allah swt dan jangan takut pada golongan ini kerana mereka juga makhluk Allah. 

Ayat yang tak akan pernah aku lupa yang menyebabkan aku rasa diri kuat dan mampu menghadapi bangsa-bangsa tersebut.

Aku melihat papan tanda di tepi jalan sebagai petunjuk untuk memandu menuju ke Bandar Miri. Aku melihat papan tanda Taman Negara Bukit Lambir 1km di hadapan. 

Abang Hamden terus memberitahu aku bahawa kawasan ini agak keras dan dia banyak mendengar cerita orang diganggu di kawasan ini.

Aku terus senyap dan fokus memandu kerana jalan pada ketika itu tidak sebaik sekarang dan tidak semua tempat ada lampu jalan.

Abang Hamden terus bercakap di sebelah aku. Bercakap dengan semangat. Seperti dia tengah bercakap dengan sesesorang. 

Padahal kami berdua sahaja di dalam kereta. Aku diam seribu bahasa. Bingung dan tidak berani memandang sebelah atau belakang. 

Kelihatan Abang Hamden berkomunikasi dengan orang lain sambil melihat telefon bimbit. Aku hanya berani melihat menggunakan ekor mata sahaja.

Aku agak panik tetapi mengawal perasaan aku kerana pada ketika itu aku memandu. Aku hanya nak sampai segera ke Bandar Miri. 

Aku perati google maps menunjukkan sebentar lagi akan sampai ke bandar Miri. Sekuat-kuat aku. Air mata mengalir menahan ketakutan.

Dari kejauhan aku melihat lampu jalan yang terang di hadapan. Pelahan aku melajukan kenderaan. Beberapa meter sebelum sampai ke kawasan yang lebih terang. 

TIBA-TIBA... 

Aku mendengar suara aku sendiri dari arah belakang. Aku panik. Abang Hamden melihat sekeliling dan bertanya, "kita dah nak sampai dah ni."

"Bang.. Sampai bandar nanti saya cerita." Sambung aku dan Abang Hamden seperti faham ada sesuatu yang tidak kena.

Sampai di bandaraya Miri. Kami terus mencari tempat penginapan dan singgah di kedai kopi untuk melegakan rasa letih setelah melalui perjalanan yang jauh. 

Aku tidak bercakap atau bertanya apa-apa dengan apa yang telah aku lalui sehingga kami duduk semeja melepak di kedai kopi.

"Bang. Masa lalu kawasan lambir tadi. Abang bercakap dengan siapa?" tanya aku sambil meniup kopi panas.

"Siapa lagi! dengan kau lah. Adohai. Kau dah kenapa?" jawab Abang Hamden.

"Demi Allah. Saya tak bercakap sepatah pun. Sebab itu lah saya panik dan yang membuat saya semakin panik adalah saya mendengar suara saya sendiri dari arah belakang" terangku.

"AH!! sudah. Makhluk tu ganggu kau. Bukan ganggu aku. Sebelum tidur malam ni ambil wuduk dan jangan lupa baca doa pendinding" sambung Abang Hamden.

Sepanjang malam tersebut. Aku tidak rasa diganggu dan tidur lena. Kemungkinan terlalu letih selepas mengharungi perjalanan yang jauh. 

Ingatkan panas sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari. Hari berikutnya kami bergerak ke Taman Negara Lambir.

bersambung........



Catat Ulasan

Nyatakan cadangan, pandangan dan maklumbalas anda di bawah ini dengan berhemah. Kami akan sedaya upaya untuk membantu.

Terbaru Lebih lama