BAJET 1 BILLION RINGGIT BKSS 9.0

Kerajaan Sarawak dibawah kepimpinan Abang Jo memperuntukan 1 BILLION dalam program BKSS 9.0

Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata. Kerajaan  Gabungan Parti Sarawak (GPS) memberi komitmen untuk membantu Dan meringankan beban Rakyat.

Bantuan khas Sarawakku Sayang (BKSS) dilaksanakan Selama 6 bulan hingga 31 Disember 2022.

Bantuan tersebut antaranya adalah DISKAUN bil Utiliti air, elektrik, cukai pintu Dan sewa premis perniagaan.

DISKAUN antara 5 peratus hingga 25 peratus ke atas bil elektrik Dan air bulan kepada pengguna domestik, komersial dan industri.

Ia juga akan memberi impak kepada pengusaha dan peruncit makanan berjumlah 685,000 bernilai RM201.76 juta (elektrik) Dan RM35.34 juta (air)

Peruntukan sebanyak RM1.73 juta bagi pemberian DISKAUN 50 peratus sewa pasar Dan gerai PBT.

Ini akan memberi mafaat kepada 10,000 penjaja yang berdaftar di bawah PBT Dan bandan bekanun seperti Lembaga Pembangunan Dan Lindungan Tanah (LCDA).

Inflasi di Malaysia pada setakat ini telah meningkat sebanyak 3.4 peratus berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya.

Berbeza dengan Sarawak. Kadar inflasi hanya 3.2 peratus berbanding bulan yang sama pada tahun sebelumnya.

Berikutan kenaikkan tersebut. Kerajaan Sarawak prihatin dan membuat gerakan dengan meneruskan bantuan bagi meringankan beban rakyat.

Sasaran utama adalah kumpulan yang berpendapatan RENDAH.

Antara bantuan yang diberikan adalah, bantuan khusus melibatkan bahan binaan. Dengan syarat perubahan harga (VOP) 2.0 dengan jumlah BAJET sebanyak 700 juta.

Bantuan VOP 2.0 bersandarkan kontrak yang sudah menerima surat anugerah (LOA) antara 1 Januari hingga 31 Disember 2021.

Dan ianya khusus untuk 30 Jenis bahan binaan Dan kejuruteraan.

Turut bersama dalam dalam pengumuman tersebut adalah Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Unggah Embas, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan, Dato Sri Prof Dr Sim Kui Hian, Setiusaha Kerajaan Negeri Dato Sri Mohammad Abu Bakar Marzuki dan dif-dit kenamaan lain.

Catat Ulasan

Nyatakan cadangan, pandangan dan maklumbalas anda di bawah ini dengan berhemah. Kami akan sedaya upaya untuk membantu.

Terbaru Lebih lama