DATUK SRI DR WAN JUNAIDI UMUM DANA PEMBANGUNAN KPG BAKO

"Walaupun kerajaan menumpukan pembangunan di kawasan-kawasan tertentu. Kawasan lain juga perlu diberi perhatian" Kata beliau.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada program satu hari bersama masyarakat KAMPUNG BAKO.

Juga menyatakan KAMPUNG BAKO merupakan KAMPUNG Melayu tradisi terawal yang sudah menjangkau lebih 100 tahun.

KAMPUNG yang tidak akan ketinggalan dalam arus pembangunan melalui Program Pembaharuan Bandar.

Beliau akan sedaya upaya memastikan KAMPUNG tradisi seperti Bako menjadi KAMPUNG yang membangun dengan pesat.

Beliau juga memaklumkan, akan berjumpa dengan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg untuk berbincang mengenai perkara ini.

Kemudian beliau mencadangkan satu program khusus berkenaan KAMPUNG BAKO Dan KAMPUNG tradisi lain yang telah padat dengan penduduk.

Pada program tersebut. Ahli Parlimen P193 juga turut mengumumkan aktiviti pembangunan yang berlaku di KAMPUNG tersebut.

Antaranya adalah membaik pulih  Dan naik taraf Jambatan Belian, KAMPUNG BAKO Hilir. bernilai RM1.2 Juta.

Di bawah Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Kementerian Luar Bandar (KLPB) dan Pejabat Pembangunan Negeri Sarawak (SDO)

Dana pembangunan sudah disalurkan kepada Kementerian berkenaan untuk tindakkan Dan pelaksanaan mengikut BAJET yang telah ditetapkan.

Manakala BAJET juga diberi kepada Kampung Bako Tengah yang melibatkan pembinaan baru dan baik pulih di bawah KPKT. 

Nilai projek adalah sebanyak RM550 Ribu.

Jumlah keseluruhan projek pembangunan untuk Kampung Bako adalah sebanyak RM1.75 Juta.

Menurut penduduk Kampung Bako yang dikenali sebagai HJ Bujang Bin Osman. Beliau menyatakan pembangunan Bako amat pesat dan perbezaan yang ketara Dari dulu hingga sekarang.

Selain itu, Puan Khadijah penduduk Kampung Bako menyatakan kesyukuran atas perubahan Dan usaha Wakil RAKYAT yang berusaha membangun kawasan Bako.


Catat Ulasan

Nyatakan cadangan, pandangan dan maklumbalas anda di bawah ini dengan berhemah. Kami akan sedaya upaya untuk membantu.

Terbaru Lebih lama