TEMOGAH DIGITAL MEMBANTU PETANI LUAR BANDAR


E-DAGANG SARAWAK MEMBANTU PETANI LUAR BANDAR


Menyediakan perkhidmatan logistik untuk petani-petani kecil luar bandar untuk memasarkan product mereka terus kepada pelanggan. Pada tahun 2017 itu, tercetus satu idea untuk menjual sayur-sayuran dan pelbagai produk makanan segar yang unik di borneo.  Diwujudkan untuk membantu petani-petani kecil luar bandar. Timogah kini telah berusia 5 tahun dan kami baru saja berpindah ke pejabat kami ke Samarahan.

 Timogah menyelesaikan masalah petani-petani kecil luar bandar dalam memasarkan produk mereka dan kini Timogah telah memberi peluang kepada isi-isi rumah untuk mendapatkan pelbagai keperluan harian dan juga sayur-sayuran serta buah-buahan segar terus dari petani ini. Semuanya dihujung jari.

 Antara maklum balas pelanggan mereka kata sayur-sayuran kami semua segar, customer service juga memuaskan dan paling penting mereka boleh dapat sayur-sayur kampung unik di Borneo.

 Perkhidmatan Timogah adalah sebagai platform jual-beli untuk pelbagai hasil pertanian, dan juga pelbagai keperluan harian dan Timogah juga melakukan pelbagai reach-out program terutama sekali dikalangan komuniti luar bandar dalam aspek keusahawan dan digital ekonomi. Timogah juga menyediakan perkhidmatan logistik petani-petani kecil luar bandar untuk memasarkan produk mereka terus kepada para pelanggan dan yang paling penting sekali Timogah membantu petani-petani ini untuk  memasarkan hasil petani mereka ke seluruh Sarawak.

 Pejabat kami terletak  di Tegas Digital village kota samarahan dan kami memiliki lebih daripada 2,500 pelanggan isi rumah diseluruh Sarawak.

Kepada yang ingin berjual di Timogah, boleh menghubungi No telefon kami di 60128097078, atau layari laman web rasmi kami di Timogah.com atau terus melihat update kami di facebook fanpage kami iaitu Timogah.

whatsapp biskut murah sedap kuching
[penafian: beloya2u tidak terlibat dalam transaksi]


 Seorang Usahawan haruslah mempunyai visi yang jelas, sentiasa membuat yang terbaik dalam perkhidmatan mereka dan jangan  sesekali berputus asa dengan impian anda. 

Terima kasih Bazar rakyat online Sarawakku sayang (BROSS)

Catat Ulasan

Nyatakan cadangan, pandangan dan maklumbalas anda di bawah ini dengan berhemah. Kami akan sedaya upaya untuk membantu.

Terbaru Lebih lama