ROTI KOK GARING RANGUP SARAWAK


Nama saya Fauziah Kassim. Saya mula membuat roti kok ini kerana apabila banyak sangat roti yang terbiar, tidak dimakan dan hampir tamat tempoh. Oleh itu, saya jadikan produk roti kok sejak tahun 2019. 

Dengan adanya roti kok ini, kita boleh mengurangkan pembaziran roti yang hampir tamat tempoh. 

Antara maklum balas daripada pelanggan kami ialah mereka memberitahu bahawa walaupun ianya roti kok tetapi rasa dan tekstur roti kok yang kami bekalkan sangat garing, lembut dan sedap dimakan. Tidak cukup hanya membeli sebungkus sahaja, kadang-kadang pelanggan kami membeli dengan kuantiti yang banyak malahan ada yang membeli sampai 10 bungkus sekaligus.  

Roti kok ada 2 jenis iaitu roti bantal dan roti yang berintikan kacang atau jem. 

Kami memproses roti kok di rumah sahaja dan bertempat di Kampung Serpan Laut. Kami membekalkan roti kok ini di sekitar Asajaya, Sibu, Simunjan dan Miri. 

Sesiapa yang ingin mendapatkan bekalan roti kok ini boleh hubungi kami di talian 60165275212. 

whatsapp biskut murah sedap kuching
[penafian: beloya2u tidak terlibat dalam transaksi]

Seorang usahawan perlulah mempunyai prinsip seperti jati diri dan kuat semangat. 

Terima kasih Bazaar Online Sarawakku Sayang (BROSS).


Catat Ulasan

Nyatakan cadangan, pandangan dan maklumbalas anda di bawah ini dengan berhemah. Kami akan sedaya upaya untuk membantu.

Terbaru Lebih lama