Nama saya Haizul Azri. Saya memulakan perniagaan Jus Tebu Pyor Asli Borneo 100% ini pada September 2021 daripada rumah sahaja. Setakat ini, hampir setahun saya telah menceburi dalam perniagaan ini.
Di pasaran sekarang, kebanyakkan air tebu yang di jual telah bercampur dengan bahan lain berbanding dengan produk kami iaitu jus tebu pyor sememangnya pati tebu asli dan boleh dinikmati pada bila-bila masa tidak semestinya pada bulan puasa sahaja.
Antara maklum balas daripada pelanggan kami, jus tebu pyor kami mempunyai kepekatannya yang asli dapat membuat 2 gelas minuman air tebu dan rasanya tetap sedap. Produk yang kami bekalkan sekarang ialah jus tebu pyor. Kami hanya memfokuskan jus tebu pyor setakat ini dan akan mengeluarkan produk-produk baru pada masa yang akan datang.
Kami memproses jus tebu pyor ini di rumah iaitu di kawasan Kubah Ria. Alhamdulillah, sekarang pelanggan kami adalah daripada Kuching, Kota Samarahan, Sibu, Bintulu dan Miri.
Kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi pengedar jus tebu pyor atau merasakan jus tebu pyor ini, boleh menghubungi kami di talian 601111157800 dan layari kami di FB page PYOR Malaysia.
Pada pendapat saya, seorang usahawan haruslah mempunyai prinsip teruskan sahaja dalam bidang yang diceburi walaupun apa jua dugaan yang akan mendatang dan jangan berputus asa.
Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.
Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah
Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.
0 Ulasan
Nyatakan cadangan, pandangan dan maklumbalas anda di bawah ini dengan berhemah. Kami akan sedaya upaya untuk membantu.