AYAM GORENG CRISPY SEDAP KUCHING SARAWAK

VIDEO DALAM BAHASA SARAWAK

AYAM GORENG RANGUP SEDAP KUCHING SARAWAK


Nama saya Faridah Doli. Saya bermula perniagaan saya pada tahun 2013 dan berpengalaman selama 10 tahun dalam bidang pemprosesan ayam goreng. Dahulu kami memulakan perniagaan kami di rumah sahaja iaitu di Kampung Bintawak Hilir. Selepas itu, kami membuka cawangan di beberapa tempat. 

Ayam goreng yang kami jual untuk memudahkan suri rumah yang tidak mempunyai masa. untuk yang bekerja, senang untuk membeli makanan dan harga yang sangat  berpatutan iaitu RM 2.50 seketul. 

Antara maklum balas daripada pelanggan kami, ayam goreng yang kami sediakan setaraf dengan ayam yang berada di pasaran. Selain itu juga, ayam goreng kami masih sedap walaupun ayam goreng tersebut dalam keadaan sejuk. Malahan boleh bertahan sehingga keesokkan harinya. 

Antara produk bahagian ayam goreng yang kami jual ialah paha ayam, wing, rip,  thai dan buntut ayam. Kami mempunyai beberapa cawangan iaitu bintawa, pending, sukma, tabuan dan hospital. Pelanggan kami kebanyakkan mereka datangnya dari Kuching, Miri, Sibu, Bintulu, agensi- agensi kerajaan, anak yatim dan agensi perumahan. 

Kepada sesiapa berminat untuk membuat tempahan 'Ayam Goreng Krispy Farisya' boleh hubungi kami di talian 60105985348 atau layari FB Page kami Ayam Goreng Crispy Farisya. 

whatsapp biskut murah sedap kuching
[penafian: beloya2u tidak terlibat dalam transaksi]

Prinsip seorang usahawan yang ditetapkan untuk diri saya sendii ialah menepati masa, berdisiplin dan rajin. 

Terima kasih SME Digitise. 



Catat Ulasan

Nyatakan cadangan, pandangan dan maklumbalas anda di bawah ini dengan berhemah. Kami akan sedaya upaya untuk membantu.

Terbaru Lebih lama