GERAKKAN ANAK MUDA DALAM KOPERASI




Koperasi peringkat tertinggi adalah Angkata Koperasi Kebangsaan Malaysia atau dikenali sebagai ANGKASA. ANGKASA juga membuka cawangannya di Sarawak dan berfungsi membantu koperasi lain yang mendaftar di bawahnya. 

Kebanyakkan orang awam hanya melihat koperasi sebagai institusi peminjaman wang dan pemotongan gaji semata-mata. Hakikatnya koperasi adalah satu badan yang berfungsi lebih daripada itu. Sesuai dengan perubahan ekosistem ekonomi semasa. Anak muda diperlukan bersama dalam memimpin koperasi bagi memastikan koperasi bergerak dalam acuan mengikut arus semasa.

Anak muda merupakan pelapis negara dan antara aktiviti yang boleh dijalankan bersama adalah melalui koperasi. ANGKASA menawarkan jawatankuasa di bawahnya bagi membantu dalam urusan dan gerakkan koperasi di bawah ANGKASA. Ini memberi peluang kepada anak muda untuk mendapat pengalaman sebenar dalam pengurusan koperasi. Idea dan pertumbuhan koperasi tidak seharusnya hanya berada di takuk lama dengan kepimpinan yang sama setiap tahun.

Ini bukanlah menidakkan kemampuan orang lama dalam urusan  koperasi tetapi adalah saranan gabungan bersama orang lama dan orang baru tanpa prajudis. Hasil ini akan seimbang dan memberi pendedahan intipati perjuangan koperasi. 

Kata pepatah "TIADA YANG LAMA MAKA TIADALAH YANG BARU", "PATAH TUMBUH HILANG BERGANTI". Adalah menjadi tanggungjawab untuk mencari pelapis yang boleh diharapkan untuk memimpin koperasi pada masa akan datang tanpa mengenepikan jati diri dan asas koperasi. Perjuangan generasi baru mungkin agak berbeza mengikut peredaran zaman tapi masih memerlukan orang yang berpengalaman untuk berganding bersama.

Di dalam Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (ANGKASA). Jawatankuasa haruslah menempatkan ruang untuk anak muda bergandingan dalam satu keluarga menyemarakkan lagi Institusi dalam aktiviti koperasi.

Catat Ulasan

0 Ulasan