BAGAIMANA CHINA BERJAYA MENANGANI COVID-19



Wuhan adalah kota yang pertama sekali menghadapi Pandemik Covid-19 bermula pada November 2019 dan hanya diketahui dunia pada Februari 2020. Berikut ini adalah kisah bagaimana China berjaya menghadapi Pendemik ini. Facebook page beloya2u setiap jam 5pm sedaya upaya mendapat data terkini mengenai perkembangan wabak Covid-19.

Sedarlah, Covid19 tidak menghormati sempadan antarabangsa. Tiada had sosial, Tiada sistem politik atau nilai budaya. Ianya menimpa kita dengan kekuatan yang sama. Ianya memberatakkan di dunia.

Bagaimana menghadapi pandemi? Tidak penting apa yang telah berlaku tetapi bagaimana kita menghadapinya (Response). Hampir sebulan ia menjangkiti ribuan di Wuhan dalam sehari dan setiap katil hospital telah dipenuhi.

Kini katil kosong dan wad kosong di bandar itu. 

Bagaimana China MENGHADAPI COVID-19?


Ianya bukan sesuatu yang baru, tetapi patut diketahui. Menurut satu laporan awal WHO. Seorang yang dijangkiti boleh menyebarkannya pada kadar purata 2.6 orang. Selepas 10 generasi penyebaran dengan setiap satu mengambil masa 5 hingga 6 hari. Satu kes awal telah mewujudkan 3,500 dalam  beberapa hari dan inilah yang sedang dilihat oleh dunia.

China telah memutuskan kitaran melalui hubungan manusia. Skala ini tidak pernah berlaku dalam sejarah. Ekstrem, kejam dan agresif. Inilah ayat yang digunakan bagi penjelasan tindakkan China. Kini, rakyat telah menerima hakikat dengan norma baru. PERINTAH BERKURUNG. Orang berkata, bukankah ia melanggar hak individu? Sebenarnya keseimbangan antara hak individu dan keselamatan awam sentiasa berubah perhitungannya.

Selepas kejadian 9.11 (11 September), setiap lapangan terbang dunia memulakan pemeriksaan keselamatan keras pada penumpang dan rakyat menenerimanya. Kerana kita berikan sedikit kebebasan kita demi kebaikan orang awam.

China telah melaksanakan kuarantin yang terbesar dan paling keras dalam sejarah. Kilang ditutup, pengangkutan awam dihentikan dan rakyat berkurung. Dengan berbuat demikian, ia telah menurunkan graf penularan. Dari satu sudut, China dapat mengelak jutaan kes dan beribu-ribu kematian.

Dari sudut lain, ia menjangkau masa yang panjang dan membuatkan hospital lancar dan kurang sesak. Ini adalah apa yang Eropah dan Amerika sepatutnya tahu. BEGITU JUGA RAKYAT MALAYSIA.

Dasar awam perlukan kesefahaman dua hala. Pembuat keputusan dan penerima keputusan. Kuarantin sememangnya ekstrim dan sangat ketat. Ia perlukan rakyat berkurung dengan jujur dan bertanggungjawab. Saya rasa apa yang dilakukan rakyat Wuhan sangat luar biasa. Mereka mempunyai keberanian, ketabahan dan daya tahan untuk tinggal di rumah beberapa hari, minggu dan bulan. Ramai memandang kurantin ini sebagai tugas warganegara dan sebab itu ianya berjaya.

Kaedah kesihatan awam adalah sejagat. Sama ada ia berkesan atau tidak. Kita semua manusia. Epidemiologi kita adalah sama, tetapi kita mempunyai perbezaan ekonomi, demografi dan sosiologi.

Berhadapan dengan pandemik global. Setiap negara memerlukan kontrak baru. Tandatangan antara ahli politik, perniagaan dan orang awam. Masa terdesak akan mengarah kepada langkah terdesak. Inilah masa terdesak. KITA TIDAK PATUT MELETAKKAN POLITIK DI ATAS KESIHATAN AWAM. Lebih-lebih lagi pada waktu ini.

Coronavirus baru ini telah dituntut oleh pelbagai ideologi. Donald Trump berkata ia mengesahkan kawalan sempadan. Bernie Sanders menguatkan lagi penjagaan kesihatan percuma. Sementara di Singapura setiap kes jangkitan diikuti dan diuruskan. Sedikit demi sedikit. Setiap negara menguji kaedah dengan percubaan dan pembetulan. Ada yang membayar dengan harga yang tinggi dan ada yang meletakkan sasaran yang tinggi.

Kita semua perlu bergerak ke hadapan dengan rendah diri. Tiada keputusan dapat dicapai tanpa pemberian. Terutama sekali, tiada pencapaian tanpa taruhan persaingan.

Kini seluruh dunia telah atau sedang belajar permainan ini.




Catat Ulasan

0 Ulasan