KEMBARA AMAL BAKTI BERGERAK KE PADAWAN, ASAJAYA ULU DAN TUNGKAH MELAYU

kembara amal bakti

15 Mac 2020 hari Ahad. Seawal 7 pagi pencinta dua roda berkumpul di Pak Amit Cafe jalan Batu Kawa. Seramai 17 kumpulan penunggang motosikal pelbagai jenama. Terdapat juga kumpulan lain menunggu di tempat lain. Misi hari ini adalah menyampaikan sumbangan kepada insan yang memerlukan di sekitar Padawan, Asajaya dan Kampung Tungkah Melayu.

Penyumbang utama dalam misi ini adalah Pak Amit Cafe dan Pak J Cafe (batu 7). Usaha ini membuahkan hasil apabila lebih ramai yang tampil membantu memberi sumbangan dalam bentuk barang keperluan keluarga yang memerlukan. Dalam perjalanan menghantar misi sumbangan, Kembara Amal Bakti disantuni Warong Wak Sebi (Asajaya Ulu) dengan memberi sumbangan sebanyak 10 kampit beras 10KG. Semakin bersemangat pencinta dua roda untuk terus bergerak walaupun cuaca pada hari itu panas terik.

Barang keperluan yang boleh disumbangkan adalah seperti susu dewasa, baju sekolah, beras, gula, bawang, garam, pampers dan sebagainya. Antara individu yang bertanggungjawab dalam menjayakan program ini adalah Puan Suriati, En Akhmal dan Cik Lili yang bertugas untuk memastikan perjalanan dan operasi ini berjaya. Kerjasama dari semua penunggang memberi lebih makna kepada program ini. Jika anda ingin menyumbang, anda boleh boleh berbuat demikian dengan menghubungi En Akhmal di talian +60142063568.

Antara kumpulan motosikal yang terlibat dalam program ini adalah:
  • Retro
  • Yakuza
  • South Borneo Bikers
  • GLKC
  • Pencinta Dua Roda
  • Puaka
  • Geng LC Sarawak
  • Pejuang Kriss Sarawak
  • Biker Kental
  • SRAB
  • SD2
  • Geng 2 Roda Sarawak
  • 3B
  • VRC
  • Antu Jalai
  • T.O.S.H
  • RXZ Team

Lokasi pertama adalah di Padawan. Kumpulan ini menyantuni 2 buah keluarga. Keluarga yang pertama adalah adik Mohd Azwan Bin Sabar (OKU) yang mengalami kelumpuhan dan tempurung kepala pecah kerana ensiden yang tidak diduga beberapa tahun lalu. Bersama dalam keluarga ini juga adalah adik Fiena Rozaina Bt Abd Zamri (Yatim) yang kehilangan ayahnya terlibat dengan kemalangan. Kini, Adik Fiena dijaga oleh neneknya sementara ibunya mencari rezeki.

Keluarga kedua adalah adik Nor Fatien Binti Abdul Malek (OKU) yang terlibat dengan kemalangan. Beliau merupakan individu yang terselamat dalam peristiwa tersebut dan beberapa ahli keluarganya mengadap yang esa.

Seterusnya kumpulan Kembara Amal Bakti ini bergerak ke Asajaya menyantuni Nenek Liba Binti Aman yang tinggal seorang diri. Rumah beliau masih utuh dan agak usang ditelan usia. Sekitar kampung tersebut juga nenek Simi yang juga tinggal seorang diri di santuni. Tidak jauh dari rumah tersebut, 3 adik beradik OKU iaitu saudara Siti Aisah Binti Dollah, Zanariah Binti Dollah dan Abu Serah Bin Dollah juga disantuni.

Seterusnya kumpulan Kembara Amal Bakti bergerak ke Kampung Tungkah Melayu. Di sini, terdapat lebih ramai lagi keluarga yang memerlukan sumbangan. Lebih kurang 12 Keluarga yang terlibat.

Maka berakhirlah perjalanan Kembara Amal Bakti untuk kali ini. Pada masa akan datang, dijangka lebih ramai lagi peserta akan mengikuti program ini dan sumbangan bertambah dengan keperihatinan masyarakat terhadap keluarga-keluarga yang memerlukan.

Program ini juga memberi jutaan keinsafan kepada belia-belia serta anak-anak Sarawak.  Semoga program ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

Berikut ini adalah video ringkas Kembara Amal Bakti. Selamat menonton.





Catat Ulasan

Nyatakan cadangan, pandangan dan maklumbalas anda di bawah ini dengan berhemah. Kami akan sedaya upaya untuk membantu.

Terbaru Lebih lama