ARTIKEL PERTAMA BELOYA2U TRANSIT BLOG BARU

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca beloya2u.

Saya menghadapi masalah dengan bahan blog sebelum ini. Kebanyakkan bahan yang digunakan dalam blog tersebut adalah bahan dari blog lain. Ini merupakan pengajaran untuk saya dan pengamal blogger lain. Bahan yang bukan hak milik kita atau hasil kerja orang lain jangan sesekali di salin semula. Banyak kesan tak baik berbanding baik.

Sarawak Digital Trainer
beloya2u

Blog beloya2u ini dimulakan semula dengan wajah baru dan lebih tersusun serta terurus berbanding blog yang lalu. Banyak pengalaman dan tauladan yang di ambil dan saya harap dapat dikongsikan dengan pembaca setia beloya2u.

Banyak individu di luar sana berminat dalam bidang penulisan. Tetapi bagaimana penulisan ini mampu menjana pendapatan?. Itu persoalan yang sememangnya ada jawapan.

Terdapat pelbagai kaedah. Tetapi terlebih dahulu anda perlu faham terma dan syarat serta teknik untuk menjana pendapatan dengan blog.

Sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada pembaca setia beloya2u yang saya tulis sejak tahun 2009. Pelbagai isu dan berita saya salurkan. Ada yang menggunakan penulisan asli saya dan ada juga menggunakan bahan orang lain (saya salin secara total). Setelah mengenalpasti apa yang berlaku, penulisan saya juga banyak yang minat sehingga ada yang menyalin semula dan meletakkannya penulisan saya di sosial media.

Saya doakan apa yang saya tulis sebelum ini atau selepas ini memberi mafaat kepada semua umat manusia. Saya percaya ilmu adalah penting dan ianya amat penting bagi saya utuk saya sebarkan kerana apabila saya sudah tiada di alam dunia ini. Ilmu yang saya kongsikan dan di amalkan oleh orang lain, maka pahalanya tidak akan putus. 

Sebelum itu, blog ini akan berkongsi banyak bahan berkaitan dengan hiburan, idea, motivasi, usahawan dan kemahiran. Moga mafaat. 

Dan~~~~~~~~~~ jangan lupa kongsikan blog ini dengan kawan-kawan yang lain. Terima kasih sekali lagi.

Catat Ulasan

Nyatakan cadangan, pandangan dan maklumbalas anda di bawah ini dengan berhemah. Kami akan sedaya upaya untuk membantu.

Terbaru Lebih lama