7 LANGKAH MEMULAKAN PERNIAGAAN

Adakah anda sekarang berfikir bagaimana untuk memulakan perniagaan?. Kali ini beloya2u membawa kepada anda. 7 Langkah untuk memulakan perniagaan. Bermula dari anda tidak tahu nak berniaga apa sehingga anda boleh bergerak lebih jauh lagi.Anda boleh menonton video di atas atau terus membaca artikel ini untuk memahami langkah-langkah memulakan perniagaan anda. Semoga mafaat dan jangan lupa kongsikan artikel ini dengan orang lain supaya mafaat ini mendapat mafaat lebih ramai orang. Cukup kongsi di facebook anda. Terima kasih saya ucapkan kerana sudi melayari beloya2u.


KENA TAHU APA YANG ADA MINAT

Minat akan menentukan kejayaan anda dan kosistensi perniagaan anda. Anda kenalpasti minat anda sama ada dalam bidang kecantikan, teknikal atau bidang lain yang ada di pasaran

KENALPASTI MINAT ANDA MENGHASILKAN PENDAPATAN ATAU TIDAK

Dengan minat anda adakah ianya dapat menghasilkan pendapatan atau tidak. Anda kena kenalpasti kos yang akan anda hadapi dan keuntungan yang akan anda perolehi. Buat perniagaan yang mudah dengan kos yang rendah. Mulakan dengan kos yang rendah untuk memulakan perniagaan. Memulakan perniagaan dengan modal yang banyak boleh menyebabkan anda keletihan mental jika tiada pendapatan masuk.

MAKSIMUMKAN PEMASARAN DIGITAL

Gunakanlah facebook, whatsapp, instagram dan sebagainya. Kemaskini atau post setiap hari aktiviti perniagaan anda. Gunakan apa yang ada di tangan. Gunakan sebaik mungkin. Selfi dan wefie untuk mempromosi perniagaan anda. Buat live selalu untuk meningkatkan keyakinan pelanggan.

REKOD TRANSAKSI PERNIAGAAN

Ini memudahkan anda untuk mengenalpasti komitmen jualan anda. Mengenalpasti produktiviti perniagaan anda yang mana lebih menguntungkan dan tidak menguntungkan.

DAFTAR PERNIAGAAN

Dapatkan lesen perniagaan dan akaun semasa. Dengan ini anda mampu untuk mengembangkan perniagaan anda. Antara perkara yang anda boleh dapat apabila daftar perniagaan adalah seperti pinjaman modal, pinjaman kenderaan, pinjaman rumah dan geran kerajaan.

BINA PASUKAN

Fasa pengembangan. Dengan pasukan anda, mereka dapat membantu anda untuk bergerak lebih jauh atau dengan kata lain memberi pengkhususan tugasan. Fokus kepada tugasan akan memberi impak yang baik untuk perniagaan. Seperti fokus kepada jualan, pengurusan dan sebagainya.

ALIRAN TUNAI

Jaga aliran tunai anda. Pastikan anda berbelanja mengikut kemampuan perniagaan anda. Bantu pasukan anda untuk lebih kehadapan. Jangan berbelanja di luar kemampuan dan jika ini berlaku, ianya boleh mengakibatkan perniagaan anda melingkup.

Catat Ulasan

Nyatakan cadangan, pandangan dan maklumbalas anda di bawah ini dengan berhemah. Kami akan sedaya upaya untuk membantu.

Terbaru Lebih lama