RAMADAN BUFET NOSTALGIA KAMPUNGKU BY SERAPI

RAMADAN BUFET NOSTALGIA KAMPUNGKU BY SERAPI

Bersempena dengan bulan Ramadan pada tahun ini, Kumpulan Syarikat Serapi (Serapi Group of Companies) memperkenalkan promosi bufet makanan bertemakan “Nostalgia Kampungku” dengan ilham gabungan variasi hidangan tradisional dan antarabangsa yang akan disajikan.

Istimewa juga buat kali pertama Bufet Nostalgia Kampungku dari Serapi akan bertempat di Hikmah Exchange Event Centre (HEEC), Jalan Haji Taha, Kuching Sarawak.


Bertemakan “Nostalgia Kampungku”, Serapi menyajikan lebih daripada 100 jenis masakan dan minuman kepada pelanggan untuk berbuka puasa dengan suasana kondusif bertemakan ala kampung. 

Pelbagai hidangan yang menyelerakan dihiasi suasana “Nostalgia Kampungku” disediakan oleh chef-chef Serapi yang berpengalaman yang diketuai oleh Chef Eksekutif Mohd Suria dan Chef Ahmad Afiq Zahin. 

Antara hidangan istimewa yang bakal disajikan bermula darpada 16 Mac 2024 sehingga 8 April 2024  antaranya adalah Kambing Golek Gula Apong, Gulai Kawah Batang Pisang Serapi, Aneka Sate, Sup Tulang Kawah, Ais Krim Gula Apong, “Chocolate Fountain”, 14 variasi air minuman dan banyak lagi.

Lebih menarik lagi bagi bufet Nostalgia Kampungku adalah, tawaran promosi Tempahan Awal atau “Early Bird Promotions”. Promosi ini ditawarkan kepada pengunjung dewasa dengan harga RM70 manakala RM88 bagi kadar biasa. 

Untuk kanak-kanak yang berumur 5 tahun kebawah adalah percuma dan kanak-kanak yang berumur 6 sehingga 12 tahun berharga hanya RM50. 

Bagi masyarakat sekitar bandar Kuching yang berminat, tempahan boleh dibuat dengan menghubungi bahagian Pemasaran dan Jualan Serapi di talian 011 - 5589 7796 atau layari laman Facebook : Nostalgia Kampungku by Serapi.

Catat Ulasan

Nyatakan cadangan, pandangan dan maklumbalas anda di bawah ini dengan berhemah. Kami akan sedaya upaya untuk membantu.

Terbaru Lebih lama