PERTANDINGAN E-SPORT MOBILE LEGEND

Tanjung Bundong,Sarawak - Persatuan Belia Samarahan (PBS) dan Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak (MYSED) telah menganjurkan sebuah program iaitu PERTANDINGAN E-SPORT MOBILE LEGEND dengan kerjasama Skuad Anti Dadah Kota Samarahan. 

Pertandingan ini berlangsung pada hari Ahad 10 Mac 2024 pada pukul 8.30 am sehingga 4.30 pm.



Pihak penganjur berjaya mendapat dana dari MYSED iaitu Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak bagi melangsungkan pertandingan ini. 

Pertandingan ini mengutamakan belia bagi memberikan peluang kepada golongan belia untuk merasai pengalaman dalam menyertai sesuatu pertandingan bukan hanya bersukan diluar sahaja.

Seramai 90 orang peserta telah menyertai pertandingan ini. Para peserta membentuk 15 kumpulan yang terdiri daripada 5 orang pemain dan seorang simpanan.

Menurut pihak penganjur, pertandingan yang julung diadakan ini bertujuan membuka minda golongan belia mengenai kelebihan teknologi bukan sahaja sekadar hanya menghabiskan masa bahkan ia dapat menghasilakan wang berupa hadiah yang menguntungkan.

Kumpulan Crimson Lion yang diketuai oleh Malcom Mclaren anak Henry telah dinobatkan sebagai juara dalam Pertandingan E-Sport Mobile Legend sekaligus berjaya menewaskan 14 kumpulan lain.


Kumpulan Crimson Lion terdiri daripada Malcolm Mclaren anak Henry (19 tahun), Fernandez anak Jack (19 tahun), Obrian anak Ronji (17 tahun),Andrian anak Lukas (18 tahun), dan Jenson Garcia anak Wenson(19 tahun). 

Johan bagi pertandingan ini membawa pulang hadiah sebanyak RM1000 serta Medal dan Hamper, manakala Naib Johan mendapat hadiah sebanyak RM800 serta Medal dan Hamper. 

Pemenang tempat ketiga dan tempat keempat masing-masing membawa pulang hadiah sebanyak RM500 serta Medal, Hamper dan hadiah sebanyak RM300 dan Hamper.

Pemenang tempat kelima sehingga tempat ke-16 mendapat hadiah berbentuk hamper saguhati.

Pertandingan E-Sport Mobile Legend ini berlangsung di Dewan Sebarguna Lot Fasa 3 Kampung Tanjung Bundong, Sarawak bagi mengeratkan hubungan anatara belia khususnya belia di Kota Samarahan. 

Pihak penganjur Pertandingan E-Sport Mobile Legend mengucapkan tahniah kepada semua pemenang atas kemenangan dan komitmen dalam kumpulan.


Catat Ulasan

Nyatakan cadangan, pandangan dan maklumbalas anda di bawah ini dengan berhemah. Kami akan sedaya upaya untuk membantu.

Terbaru Lebih lama