KUADRAN ALIRAN TUNAI DALAM KEHIDUPAN






Assalamualaikum, Saya Khalifah Khalik pekongsi ilmu keusahawanan anda dalam video ini.

Quadrant cash flow diperkenalkan oleh Robert T Kyosaki dalam bukunya Rich Dad Cashflow Quadrant Guide to financial Freedom. Terdapat empat elemen utama dalam Quadrant iaitu Employee, Small Business, Big Business dan Investment.

Quadrant cash flow menggambarkan kaedah tunai masuk. 4 kaedah tersebut adalah bekerja (employee), perniagaan kecil (small business), perniagaan besar (big business) dan pelaburan (investment).

Bekerja atau employee adalah kaedah yang biasa kita lihat pada masa sekarang. Contohnya bekerja sebagai kerani. Turun kerja pada sebelah pagi dan balik sebelah petang. Hujung bulan dapat gaji sebagai aliran tunai masuk.

Perniagaan kecil atau small business. Ciri-ciri utama bahagian ini adalah masa bekerja ditentukan oleh sendiri, modal sendiri, operasi dibuat sendiri, pengurusan dibuat sendiri. Jika pemilik tidak menjalankan aktiviti maka tiada tunai masuk berlaku. Tunai masuk hanya berlaku jika pemilik perniagaan menjalankan aktiviti perniagaan. Pemilik sukar mempercayai orang lain dalam operasi harian mereka.

Kaedah tunai masuk seterusnya adalah perniagaan besar atau big business. Ciri-ciri utama bahagian ini adalah pekerja-pekerja profesional dilantik oleh pemilik untuk menjalankan perniagaan. Pemilik bercuti tetapi perniagaan tetap berjalan seperti biasa. Tunai masuk tetap berlaku walaupun pemilik tidak berada di tempat perniagaan beroperasi.

Yang terakhir adalah pelaburan atau investment. Aliran tunai masuk adalah daripada hasil keuntungan pelaburan. Ciri-ciri utama bahagian ini adalah buat wang dengan wang.

Setiap 4 elemen yang disebutkan mempunyai risiko tersendiri. Setakat ini saya memahami setiap kaedah mendapat tunai masuk mempunyai risiko dan apa yang kita boleh lakukan hanyalah mengawal risiko tersebut.

Dalam video kali ini, saya ingin menambah Quadrant lain yang disebut oleh Dr Anoar Moslem yang menjadikan Quadrant cash flow menjadi 6 bahagian. Tambahan tersebut adalah berkahwin dengan orang kaya atau wealthy married dan mewarisi harta  atau inheritance.

Namun begitu, kita tidak perlu fokus kepada quadrant cash flow tambahan. Cukup dengan 4 elemen sahaja untuk difahami.

Adakah anda mempunyai elemen lain yang boleh disenaraikan sebagai elemen berkaitan dengan tunai masuk?

Jangan ragu-ragu bertanya dengan Khalifah Khalik. Skill Potential Income

Catat Ulasan

Nyatakan cadangan, pandangan dan maklumbalas anda di bawah ini dengan berhemah. Kami akan sedaya upaya untuk membantu.

Terbaru Lebih lama