GANGGUAN RANGKAIAN FACEBOOK, GOOGLE DAN TIKTOK

6 Mac 2024 Terlalu banyak rumor yang tersebar dari pelbagai sumber media berkaitan dengan gangguan ini.



Antara rumor yang tersebar adalah isu pemotongan kabel dari pihak Houthi Yamen. Berita yang belum tentu benar tersebar begitu meluas.

Rumor tersebut bebunyi berikut:

-Berlaku gangguan internet akibat serangan Houthi Yaman ke atas kabel internet antarabangsa 

Ia melibatkan 4 rangkaian telekomunikasi utama dan menyebabkan gangguan internet dan telekomunikasi signifikan di Timur Tengah 

Antara kabel yang terjejas ialah Kabel Asia-Afrika-Eropah 1 iaitu sejauh 25,000 km menyambungkan Asia Tenggara ke Eropah melalui Mesir

Kabel Gerbang Eropah India (EIG) turut mengalami kerosakan-

Portal lain pula menyebut masalah ini juga berlaku di US dengan sintom pengguna Facebook dipaksa untuk log keluar akaun mereka.

Rakyat Malaysia pula merasai masalah ini lebih kurang pukul 12 malam 6 Mac 2024 waktu tempatan.

Pengguna dinasihatkan untuk tidak mengulang Log masuk di dalam Facebook secara paksa. Dikuatiri akan menyebabkan masalah lain.

Selain itu, Tiktok pula menghadapi masalah yang lain. Bahan atau video pendek tidak dapat di ekses dengan status "no internet connection"

Pengguna dinasihatkan tido awal. Mana tahu esok hari bangun terus jadi kaya.

Sekian laporan dari bilik tidur.

Catat Ulasan

Nyatakan cadangan, pandangan dan maklumbalas anda di bawah ini dengan berhemah. Kami akan sedaya upaya untuk membantu.

Terbaru Lebih lama