MSMES DIGITISE SERIAN MODUL 4 KE-2: ALATAN DIGITAL UNTUK PENGURUSAN PERNIAGAAN

3 Febuari 2024 - Program Digitise di Serian Digital Innovation Hub diteruskan lagi dalam modul 4 ke-2 iaitu Alatan Digital untuk Pengurusan Perniagaan.

Alatan digital merujuk kepada pelbagai jenis perisian atau aplikasi yang boleh membantu dalam pengurusan aspek-aspek seperti inventori, penjualan, kewangan, dan lain-lain dalam sesuatu perniagaan.

Pada kali ini, modul 4 ke-2 diterangkan oleh tiga orang tenaga pengajar yang hebat iaitu Encik Khalik dan dibantu oleh Encik Harith, dan Cik Stephanie.

Encik Khalik telah menunjukkan beberapa alatan digital yang dapat membantu para peserta dalam pengurusan perniagaan mereka.


Setmore, Google Calendar merupakan antara aplikasi yang diperkenalkan 

Dalam modul ini, tenaga pengajar hanya menerangkan dan menunjukkan demonstrasi penggunaan aplikasi Google Calendar dan Setmore kepada para peserta. 

Cik Stephanie dan Encik Harith menerangkan ciri-ciri aplikasi Setmore dan Encik Khalik menerangkan berkenaan dengan penggunaan Google Calendar untuk BMC (Business Model Canvas). 

Aplikasi SetMore banyak membantu peserta bagi memastikan pengurusan tugas yang cekap dalam perniagaan mereka. 


Selain itu, aplikasi ini merupakan aplikasi yang mampu mengatur jadual para uahawan dalam sebuah organisasi. 

Aplikasi SetMore diperkenalkan bagi meningkatkan proses pengurusan sumber manusia yang cekap dalam sebuah organisasi. 


Demonstrasi SetMore telah ditunjukkan oleh Cik Stephanie. SetMore dapat digunakan dalam telefon bimbit dan juga dalam bentuk sesawang. 


Aplikasi ini dapat meningkatkan pengurusan jadual dan tugas yang berkesan kepada usahawan dalam sebuah organisasi. 

Pembentangan SetMore ditunjukkan oleh Encik Harith. Aplikasi ini juga boleh digunakan dalam telefon bimbit dan juga dalam bentuk laman sesawang 


Aplikasi ini didedahkan bagi memastikan pengurusan pekerja dapat diperbaiki sekaligus membuktikan proses sumber manusia dalam setmua organisasi dapat dipermudahkan.

Semua aktiviti yang dilakukan sepanjang program ini berlangsung telah direkod dan diadaptasikan dalam bentuk video serta dimuat naik ke media sosial oleh Cik Nigel

Demonstrasi SetMore dilakukan untuk menunjukkan keberkesanan aplikasi tersebut, dengan penekanan pada kemudahan akses melalui telefon bimbit dan laman sesawang. 

Modul ini bertujuan memberikan peserta pengetahuan praktikal untuk meningkatkan pengurusan dan efisiensi perniagaan mereka.

Dengan penyampaian modul ini, diharapkan peserta dapat mengaplikasikan pengetahuan yang diperoleh untuk meningkatkan pengurusan dan kecekapan operasi perniagaan mereka. 



















Catat Ulasan

Nyatakan cadangan, pandangan dan maklumbalas anda di bawah ini dengan berhemah. Kami akan sedaya upaya untuk membantu.

Terbaru Lebih lama