MSMES DIGITISE SERIAN MODUL 4: ALATAN DIGITAL UNTUK PENGURUSAN PERNIAGAAN

20 Januari 2024 - Program Digitise di Serian Digital Innovation Hub diteruskan lagi dalam modul 4 iaitu Alatan Digital untuk Pengurusan Perniagaan. 



Alatan digital merujuk kepada pelbagai jenis perisian atau aplikasi yang boleh membantu dalam pengurusan aspek-aspek seperti inventori, penjualan, kewangan, dan lain-lain dalam sesuatu perniagaan.

Pada kali ini, modul 4 diterangkan oleh empat orang tenaga pengajar yang hebat iaitu Encik Khalik dan dibantu oleh Encik Emizar, Cik Junainah dan Cik Stephanie.

Encik Khalik telah menunjukkan beberapa alatan digital yang dapat membantu para peserta dalam pengurusan perniagaan mereka.



WhatsApp Biz, Google Map, Google Calendar, Google Task, Asana dan VHOST HRM merupakan antara aplikasi yang diperkenalkan.

Dalam modul ini, tenaga pengajar hanya menerangkan dan menunjukkan demonstrasi penggunaan aplikasi Asana dan juga HRM kepada para peserta.

Encik Emizar telah menerangkan ciri-ciri aplikasi Asana dan juga aplikasi VHOST HRM. 

Aplikasi Asana banyak membantu peserta bagi memastikan pengurusan tugas yang cekap dalam perniagaan mereka.



Selain itu, aplikasi ini merupakan aplikasi yang memudahkan komunikasi projek dalam sebuah organisasi.

Aplikasi VHOST HRM diperkenalkan bagi meningkatkan proses pengurusan sumber manusia yang cekap dalam sebuah organisasi.



Demonstrasi Asana telah ditunjukkan oleh Cik Junainah. Asana dapat digunakan dalam telefon bimbit dan juga dalam bentuk laman sesawang.



Aplikasi ini dapat meningkatkan kemahiran pengurusan tugas yang berkesan dalam sebuah organisasi.

Demonstrasi VHOST HRM pula ditunjukkan oleh Cik Stephanie. Aplikasi ini juga boleh digunakan  dalam telefon bimbit dan juga dalam bentuk laman sesawang.



Aplikasi ini didedahkan bagi memastikan pengurusan pekerja dapat diperbaiki sekaligus membuktikan proses sumber manusia dalam setmua organisasi dapat dipermudahkan.

Semua aktiviti yang dilakukan sepanjang program ini berlangsung telah direkod dan diadaptasikan dalam bentuk video serta dimuat naik ke media sosial oleh Cik Junainah.


Demonstrasi Asana dan VHOST HRM dilakukan untuk menunjukkan keberkesanan aplikasi tersebut, dengan penekanan pada kemudahan akses melalui telefon bimbit dan laman sesawang. 

Modul ini bertujuan memberikan peserta pengetahuan praktikal untuk meningkatkan pengurusan dan efisiensi perniagaan mereka.

Dengan penyampaian modul ini, diharapkan peserta dapat mengaplikasikan pengetahuan yang diperoleh untuk meningkatkan pengurusan dan kecekapan operasi perniagaan mereka.





Catat Ulasan

Nyatakan cadangan, pandangan dan maklumbalas anda di bawah ini dengan berhemah. Kami akan sedaya upaya untuk membantu.

Terbaru Lebih lama