PERTANDINGAN E-SPORT MOBILE LEGEND

Tanjung Bundong,Sarawak - Persatuan Belia Samarahan (PBS) dan Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) telah menganjurkan sebuah program iaitu PERTANDINGAN E-SPORT MOBILE LEGEND dengan kerjasama Skuad Anti Dadah Kota Samarahan. 

Pertandingan ini berlangsung selama dua hari dari 29 - 30 November 2023 pada pukul 8.30 pm sehingga 12.00 pm. 


Pihak penganjur berjaya mendapat dana dari KBS iaitu DANA SUKAN KOMUNITI (DSK) bagi melangsungkan pertandingan ini. 

Pertandingan ini mengutamakan belia bagi memberikan peluang kepada golongan belia untuk merasai pengalaman dalam menyertai sesuatu pertandingan bukan hanya bersukan diluar sahaja.

Seramai 105 orang peserta telah menyertai pertandingan ini. Para peserta membentuk 16 kumpulan yang terdiri daripada 5 orang pemain dan seorang simpanan.

Menurut pihak penganjur, pertandingan yang julung diadakan ini bertujuan membuka minda golongan belia mengenai kelebihan teknologi bukan sahaja sekadar hanya menghabiskan masa bahkan ia dapat menghasilakan wang berupa hadiah yang menguntungkan.

Kumpulan Crimson Lion yang diketuai oleh Malcom Mclaren anak Henry telah dinobatkan sebagai juara dalam Pertandingan E-Sport Mobile Legend sekaligus berjaya menewaskan 12 kumpulan lain.



Johan bagi pertandingan ini membawa pulang hadiah sebanyak RM1000 serta Medal, manakala Naib Johan mendapat hadiah sebanyak RM800 serta Medal. 


Pemenang tempat ketiga dan tempat keempat masing-masing membawa pulang hadiah sebanyak RM500 serta Medal dan hadiah sebanyak RM300.





Pemenang tempat kelima sehingga tempat ke-16 mendapat hadiah berbentuk hamper saguhati.



Pertandingan E-Sport Mobile Legend ini berlangsung di Kampung Tanjung Bundong, Sarawak bagi mengeratkan hubungan anatara belia khususnya belia di Kota Samarahan. 

Pihak penganjur Pertandingan E-Sport Mobile Legend mengucapkan tahniah kepada semua pemenang atas kemenangan dan komitmen dalam kumpulan.

Catat Ulasan

Nyatakan cadangan, pandangan dan maklumbalas anda di bawah ini dengan berhemah. Kami akan sedaya upaya untuk membantu.

Terbaru Lebih lama