TIADA SIAPA YANG GILA -THE PSYCOLOGY OF MONEY (1)



Bahagian ini merupakan Bab 1 dalam buku The Psychology of Money. Bahagian yang menarik dibincangkan mengenai tingkahlaku menusia berkaitan dengan wang.

Artikel ini hanya rumusan. Anda disarankan membaca lebih terperinci dalam buku tersebut yang mengandungi banyak kajian kes.

Pengalaman peribadi anda dengan wang hanya membentuk 0.00000001% daripada apa yang berlaku di dunia.

Tetapi ia membentuk 80% daripada cara anda berfikir bagaimana dunia befungsi.

Manusia melakukan banyak perkara gila untuk mendapatkan wang tetapi sebenarnya tiada siapa gila.

Dalam artikel sebelum ini. Saya ada berkongsi mengenai mungkin anda melihat saya gila menguruskan wang.

Atau mungkin juga saya melihat anda gila menguruskan wang.

Berdasarkan tinjauan kewangan pengguna sepanjang 50 tahun oleh Ulrike Malmendier dan Stefan Nagel.

Mereka mendapati keputusan pelabur dibuat berdasarkan pengalaman mereka sendiri terutama pengalaman semasa usia 20an - 30an.

Pengalaman ini akan memberi impak kepada tingkah laku manusia. Generasi baby boomers, x, y, z dan alpha kebiasaannya mengalami pengalaman yang berbeza.

Berbeza mengenai situasi ekonomi yang mereka tempuhi. Situasi tersebut memberi kesan kepada jenis keputusan yang dibuat.

Selain itu, keputusan kewangan juga disebabkan maklumat yang mereka terima adalah wajar bedasarkan data yang mereka terima.

Kita ambil kisah PERMAINAN SLOT (JUDI) atau bermain LOTERI yang sedang tenat dalam masyakat kita.

Kebanyakkan yang bermain SLOT (JUDI) atau LOTERI adalah dikalangan orang miskin. Apakah alasan mereka? Adakah mereka gila?.

Kenyataan ini disokong oleh kajian kes di Amerika. Dimana, pembeli loteri mereka kebanyakkannya adalah orang miskin.

Orang miskin yang tidak mampu untuk menyimpan bagi tujuan kecemasan. 

Penyataan ini mungkin boleh memberi gambaran mengapa mereka bertindak demikian.

"Kami hidup hanya bergantung kepada pendapatan yang sedikit. Pendapatan tinggi hanyalah mimpi di siang hari.

Kami tidak mampu untuk bercuti, miliki kereta mewah dan kami tidak dapat menghantar anak ke universiti tanpa hutang yang membebankan.

Bermain slot atau membeli nombor loteri adalah salah satu cara kami memasang impian kami untuk masa depan.

Anda (orang yang rajin menuntut ilmu) mungkin tidak memahaminya kerana anda sudah berada dalam impian tersebut."

Anda tidak perlu besetuju dengan penyataan tersebut. Tetapi membeli tiket loteri atau bermain slot kerana miskin masih tindakkan yang buruk.

"Surah al-Ma’idah ayat 90: Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan.

Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya."

Di sini kita sudah memahami mengapa kedai-kedai seperti ini terus berkembang biak. Taukey kaya dan pembeli merana.

Ini adalah sebahagian contoh mengapa kita memandang orang lain gila dalam menguruskan kewangan.

Kesimpulannya, ianya bergantung kepada pengalaman, maklumat, sejarah peribadi, pandangan unik tentang dunia, ego, kebanggaan, pemasaran dan insentif ganjil digabungkan menjadi satu naratif yang berfungsi untuk anda.

Bab berikutnya akan membincangkan bagaimana Bill Gates menjadi kaya dan mengenai amaran untuk sekadar melihat model perniagaan orang lain.

Artikel seterusnya
▶️ Tuah dan Risiko (dalam proses)

Artikel sebelumnya

Rujukan:

Catat Ulasan

Nyatakan cadangan, pandangan dan maklumbalas anda di bawah ini dengan berhemah. Kami akan sedaya upaya untuk membantu.

Terbaru Lebih lama