TEMPAT MENARIK MEMANCING DI KUCHING SARAWAK


Pada masa sekarang, memang ramai peminat memancing. 

Sekarang, saya ingin menceritakan tempat memancing popular di Kuching.

Tempat memancing berdekatan yang para pemancing selalu pergi adalah kapal jepun, bas dan batu mandi.

Para pemancing yang pergi ke kapal jepun pada waktu siang bertujuan untuk mencari ikan tenggiri. Begitu juga di bas dan batu mandi, mereka mencari ikan tenggiri.


Tempat memancing yang jauh adalah paloh, holland dan zumbi. Inilah antara tempat yang popular pada masa sekarang.

Ramai yang suka pergi ke bas untuk "day trip" kerana mereka gemar mencari ikan tenggiri.

Sebenarnya, banyak tempat memancing yang popular. Para tekong(pemilik kapal) juga ramai yang tahu. Semua tekong di kawasan Kuching ada banyak pengalaman. 

Kami selalunya pergi ke zumbi pada waktu malam. 

Tempat memancing yang paling jauh adalah paloh dan holland.

Sekiranya kita pergi memancing di holland, kita akan berdekatan dengan sempadan.

Jika anda ingin pergi memancing di holland, anda haruslah berhati-hati.

Anda nak tahu apa sebab kapal jepun digelar sebagai kapal jepun? Mengikut kata orang, ada sebuah kapal jepun pernah karam di kawasan itu.

Di bas pula, kata orang dahulu kala, kawasan itu adalah tempat pembuangan bas.

Saya juga kurang pasti kerana saya agak baru juga berada di kawasan ini tetapi dengan pengalaman yang saya ada, sudah cukup untuk saya berada di laut.

Sekarang, saya ingin menerangkan tentang harga tempat-tempat ini. 

Harga tempat-tempat ini bergantung dengan tempat yang kita pergi.

Anda juga boleh menghubungi pihak koperasi kami. Itu antara cara-cara untuk anda tahu harga tempat-tempat ini.

Harga tempat-tempat ini juga bergantung sama ada kita pergi pada waktu siang atau malam. 

Pengalaman saya tentang tempat-tempat memancing ini sekiranya kita ingin memancing pada waktu malam untuk mencari ikan jenahak yang diminati ramai.


Ikan ini boleh didapati di bas atau di zumbi pada waktu malam.

Jika anda ingin mencari ikan tenggiri pada waktu siang, ia boleh didapati di bas, kapal jepun dan batu mandi.

Ikan alu-alu juga banyak didapati di kapal jepun. Sekiranya anda ingin mencari ikan jenahak, lebih sesuai jika anda cari di zumbi.

Di kapal jepun, pada waktu siang, terdapat banyak ikan tenggiri boleh didapati tetapi ia terpulang kepada nasib kita sendiri.

Berdasarkan pengalaman saya, sesiapa yang berminat dengan ikan jenahak, ia mudah didapati di bas ataupun di zumbi.

Jika ada para pemancing yang berminat untuk pergi memancing, anda boleh menghubungi saya.

Anda juga boleh terus menghubungi Koperasi Nelayan Semariang Berhad(KNSB) kerana saya adalah tekong(pemilik kapal) KNSB.

Pesanan saya kepada para pemancing, saya tidak menggalakkan anda pergi ke tempat memancing yang jauh seperti holland kerana kawasan itu adalah sempadan indonesia.

Jika anda tetap ingin pergi ke holland, anda haruslah menggunakan bot yang berkemampuan laju.

Kawasan itu saja yang saya tidak galakkan untuk anda pergi. 

Sekiranya anda tetap ingin pergi ke holland kerana di situ terdapat banyak ikan, anda haruslah sentiasa berwaspada. Itu saja nasihat daripada saya.

Catat Ulasan

Nyatakan cadangan, pandangan dan maklumbalas anda di bawah ini dengan berhemah. Kami akan sedaya upaya untuk membantu.

Terbaru Lebih lama