AKTIVITI DAN PAKEJ MENARIK KUCHING WETLAND DAN MEMANCING LAUT CHINA SELATAN

Saya membawa anda merayau di Kuching Wetland yang dikatakan terdapat khazanah beharga. Khazanah yang harus dilindungi dan dipelajari.

Trip kali ini melibatkan beberapa pelancong dari semenanjung Malaysia dan saya dimaklumkan Koperasi Nelayan Semariang Berhad pernah membawa pelancong dari luar negara.

Antaranya adalah dari China, Timur Tengah dari Eropah. Kebanyakkan pelancong ini teruja dengan nilai alam yang ada di Kuching Wetland.

Perjalanan bermula dari pangkalan Semariang di mana pelancong terlebih dahulu diberi taklimat ringkas di Pejabat Koperasi Nelayan Semariang Berhad yang juga berdekatan dengan Pangkalan.

Selepas aktivi taklimat, semua pelancong bergerak menuju ke Jeti atau Pangkalan Semariang untuk menaiki bot koperasi. Riak wajah mereka amat teruja dengan cuaca yang baik pada hari tersebut.

Perjalanan mengambil masa beberapa minit, pelancong dibawa ke kawasan pendaratan buaya atau tempat buaya berehat. Suasana ini amat unik kerana buaya berada di kawasan habitatnya sendiri.

Seterusnya pelancong melihat sekitar kawasan Paya Bakau Kuching Wetland. Pendedahan mengenai kepentingan Paya Bakau kepada ekosistem setempat dibuat oleh Pak Hasbi.

Sepanjang perjalanan, pelancong juga dapat melihat Kelong, peninggalan sejarah kilang pemprosesan Arang Kayu, Kawasan penetasan buaya dan pangkalan hutan simpan di bawah kerajaan negeri Sarawak.

Selepas hampir setengah hari melalui perjalanan melihat pemandangan sekitar Kuching Wetland. Pelancong seterunya dibawa singgah makan di Telaga Air.

Telaga Air merupakan perkampungan nelayan dan terdapat banyak kafe untuk menjamu selera. Makanan laut adalah menu utama di kawasan tersebut.

Selesai menjamu selera. Kami terus bergerak di sekitar perairan santubong untuk melihat Ikan lumba-lumba dan Monyet Belanda.

Ikan lumba-lumba juga dikenali sebagai empesut oleh masyarakat tempatan dan Monyet belanda disebut sebagai Orang Belanda.

Suasana angin laut yang tenang dan melalui lorong-lorong sungai menggamit memori melihat perkampungan-perkampungan lama yang sudah tiada penghuni.

Pantai Santubong, Pantai Pasir Pandak dan Pantai Pasir panjang kelihatan dari kejauhan sebelum pelancong dibawa melalui perkampungan Pulau Salak.

Pelancong kelihatan puas selepas melalui pelbagai pengalaman dalam masa lebih kurang 1 hari. 

Aktiviti ini bukan sahaja dapat membangun ekonomi setempat tetapi mengajar masyarakat serta pelancong untuk menghargai alam semulajadi.

Selain itu, Koperasi Nelayan Semariang Berhad juga mempunyai pakej memancing di sekitar Laut China Selatan. 

Antara tempat menarik untuk memancing adalah seperti kawasan holand, bas, paloh dan zumbi. Anda sebut sahaja jenis ikan apa yang anda nak pancing.

En Pesaka sebagai Tekong Laut akan membawa anda sesuai dengan kehendak anda. Pengalaman beliau yang luas akan memastikan anda dalam keadaan selesa dan selamat sepanjang trip memancing.

Bot yang besar memberi anda keselesaan dan anda boleh membawa rakan-rakan anda atau secara berkumpulan untuk mengikuti trip memancing.

Jika anda berhajat untuk membawa keluarga anda atau mengadakan aktiviti berkumpulan melawat sekitar Kuching Wetland atau mendapatkan perkhidmatan trip memancing.

Anda boleh membuat tempahan melalui butang Whatasapp di bawah ini.





Catat Ulasan

Nyatakan cadangan, pandangan dan maklumbalas anda di bawah ini dengan berhemah. Kami akan sedaya upaya untuk membantu.

Terbaru Lebih lama