PERJALANAN DAN SUASANA DI BELAGA SARAWAK

Perjalanan Kuching ke Belaga lebih kurang 791KM dari Bandaraya Kuching dan mengambil masa lebih kurang 13 jam perjalanan.

Jika anda berangkat dari Kuching pada awal pagi, Anda dinasihatkan untuk bermalam di BINTULU sebelum meneruskan perjalanan di Belaga.

Di Belaga adalah penempatan orang Ulu. Antara suku kaum di Belaga adalah seperti Kenyah, Kayan, Penan, Punan, Sihan, Kajang, Ukit, Beketan dan Tanjung.

Kami berangkat dari Kuching lebih kurang pada pukul 9 pagi dan sampai di Bandar BINTULU pada pukul 7.30 malam.

Bermalam di BINTULU sebelum bergerak ke Belaga. Jarak perjalanan dari BINTULU ke Belaga lebih kurang 3 jam Setengah.

Perjalanan Kali ini adalah bertujuan untuk menjalankan program pendedahan Digital kepada masyarakat Belaga.

Modul program adalah berkaitan dengan pendapatan Digital dan Pemasaran melalui sosial media.

Sebelah pagi hari berikutnya, kami sarapan dan kemudian terus berangkat ke Belaga. Kami sedia maklum jalan menuju ke Belaga amat mencabar.

Keadaan muka bumi, gunung-ganang dan jalan rosak disebabkan kualiti bahan rendah menyukarkan lagi perjalanan kami.

Kami tersadai lebih kurang 1 jam apabila aktiviti pembaikan jalan sedang dijalankan oleh kontraktor.

perjalanan ke belaga

Pelbagai isu dan pendapat mengenai jalan raya menuju ke Belaga. Kalau anda cari di Google. Anda pasti jumpa isu ini di peringkat kerajaan persekutuan.

Sampai di Belaga lebih kurang tengahari dan terus mencari kedai makan halal. Kami berehat sebentar di Family Corner.

Sesiapa yang datang ke Belaga, jangan lupa merasai ikan Labang. Harga ikan Labang boleh mencecah RM100/kilo. Sedap atau tidak bergantung kepada selera masing-masing.

Berapa harga dan bagaimana rasa ikan Labang pada masa sekarang. Pembaca boleh kongsi melalui petak ulasan di bawah.

Selepas itu kami bergerak ke hotel Sing Soon Huat. Jangan ditanya keadaan hotel. Harga cuma RM70 semalam.

Setelah menyimpan Barang di hotel. Kami merayau di sekitar Belaga melihat pemandangan di tepian Sungai Rajang.

Terdapat satu keunikan masyarakat di sini, iaitu mereka mengail ikan di tepian Sungai menggunakan joran panjang.

Menangkap ikan-ikan kecil sebagai makanan harian mereka. Terdapat juga jeti pelabuhan bot express yang menghubungkan BINTULU dan sekitar Pekan pesisir sungai Rajang.

Pada keesokkan paginya, kami terus menjalankan aktiviti seperti yang dirancang. Kami amat teruja dengan sambutan penduduk Belaga.

Selesai program, kami makan sebentar di kawasan perkampungan Melayu di persisir sungai Rajang.

Kemudian kami berkemas dan terus bergerak ke BINTULU. Bermalam di BINTULU sebelum berangkat ke Kuching.

Saya mendapat maklumat, jalan ke Belaga dari BINTULU sudah siap dan masa perjalanan semakin pendek.

Kepada traveler, anda dinasihatkan untuk bermalam antara BINTULU atau Mukah sebelum bergerak ke Belaga jika anda dari Kuching.

Rehat yang cukup sebelum meneruskan perjalanan amat penting bagi menjaga keselamatan diri anda dan pemandu jalan raya yang lain.





Catat Ulasan

Nyatakan cadangan, pandangan dan maklumbalas anda di bawah ini dengan berhemah. Kami akan sedaya upaya untuk membantu.

Terbaru Lebih lama